Hah! Ni post pertama untuk blogku. Akhirnya, Berjaya juga aku melancarkan blog ini setelah sekian lama memikirkan satu blog yang menggunakan domain yang terdiri daripada nama aku sendiri.
Pada awalnya aku ingin menggunakan Bahasa Inggeris untuk blog ini. Tetapi oleh kerana kecintaan kepada Bahasa aku sendiri Bahasa Melayu jadi aku mengambil keputusan menggunakan Bahasa Melayu. Lagi pun aku bukan mahir sangat Bahasa Inggeris, oleh itu gunalah Bahasa Melayu tidak payah pening kepala nak memikirkan ayat Bahasa Inggeris.
Banyak lagi yang perlu ditambah pada blog ini, InsyaAllah ia akan lengkap nanti. Pelahan-pelahan buat lama-lama lengkap la.
Baiklah tanpa berceloteh panjang aku dengan rasminya melancarkan blogku sendiri SharizalShafei.com
dan akan cuba menyesakkan serta menyibukkan diri di celah-celah blogger-blogger yang ada
.( Dah jemput Paklah minta rasmikan tapi beliau sibuk)hehe
Harapan pada blog aku ini, Aku akan cuba menjaga blog ini daripada ia berhabuk tidak dikemaskini dan terbiar begitu sahaja. InsyaAllah.. Â Â
This entry was posted
on Sunday, February 4th, 2007 at 6:44 am and is filed under Umum.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
selamat blogging..tahniah kerana memeriahkan dunia blogging Malaysia.