Aduh! Sakit rasa internet perlahan sangat-sangat. Hari ini masuk kali ke lima untuk hari yang ke lima aku telefon streamyx buat aduan. Pihak streamyx hari ini kata dah betulkan talian internet aku tapi nampaknya keputusannya adalah sama. Jika mengikut makluman yang diberikan oleh streamyx kabel laluan antarabangsa di dasar laut telah dibetulkan jadi sepatutnya internet aku dah OK!
Esok aku akan call lagi dan yang pasti mereka akan menyuruh pekara yang sama di lakukan iaitu melihat speed bandwith internet aku. Mungkin bagi yang tidak pernah menghubungi pasti tidak tahu bagaimana melihat tahap kelajuan internet anda mengikut pakej yang di sewa.
Ok! Begini caranya pergi ke laman streamyx ini linknya http://202.188.95.52:8080/speedometer/. Sebelum anda menguji tahap kelajuan internet. PC perlu di install dengan JRE (Java Runtime Environment). Anda boleh menguji kelajuan internet dengan memilih download / upload atau kedua-duanya sekali mengikut pakej anda. Lakukan sehingga tiga kali ujian dan catatkan jika kelajuan internet rendah dari pakej yang di sewa maklumkan kepada streamyx. (Panduan kelajuan ada tercatat di web tersebut..)
Share This
This entry was posted
on Tuesday, February 6th, 2007 at 4:05 pm and is filed under Internet, Streamyx, Umum.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
Hehe.. Lepas geram je kat perkhidmatan pelanggan dia tu.. huhu..
Dah lepaskan fai(tp xla power2 lg hehe).. Tunggu esok tengok camner.. Xleh lagi nak wat serangan maut..
scream-mix!
ha haa..
banyakkan bersabar ye…
Streamyx huhuhu kalau bayar lewat dier bising
kalau internet kiter slow dia buat acuh tak acuh..
p/s: Alahai streamyx
betul 2 pak labanon.lambat bayar bising pulak.mentang2 dah sain surat agree dia punya suka kata line ok.dua modem aku tukar dapat 1bit aje!?member aku yang bukak cc kata ‘hang patut ’sembur’ tmnut nie’.