Masalah internet aku masih lagi tidak selesai. Banyak kerja yang terbengkalai dan tergantung. Pada minggu lepas kemarahan aku tidak dapat dibendung sebab seperti tiada apa-apa tindakkan yang diambil. Tidak pasal-pasal kena marah awek yang berkerja di khidmat pelanggan streamyx. Tetapi marah aku masih lagi menuturkan kata-kata yang sopan sambil mentempelak. Hehe. (teringat pensyarah aku Dr.Ali sungguh lembut berkata-kata walau marah. Kesanya.. Huh faham sendiri la)
Hari ini telifon lagi, malas nak marah dah Cuma memperingatkan masalah ada lagi dan jawapan yang diterima masalah telah mereka selesaikan. Berapi rasa kembali masa itu. Nak je marah, nasib baik dapat aku kawal marah. Aku maklumkan yang masalah ada lagi. Buat kerja atau tak mereka ni?
Sakit hati memikirkan pasal streamyx.. Harap minggu ni selesai la..
Kerana banyak kerja yang perlu di lakukan aku mencuba alternative menggunakan proxy bagi melajukan sambungan internet. Memang cara ini berjaya tetapi tidak la laju sangat sekurangnya aku dapat masuk melihat email dah mengemaskini blog dan website.
Akibat daripada menggunakan proxy, aku mengalami masalah dalam urusan transaksi untuk membeli domain di ipower.com. Kad kredit aku tidak diterima pihak Ipower.com meminta aku untuk faks butiran seperti kad pengenalan, kad kredit, lesen memandu. Masalah betul dan remeh hendak pergi faks pulak.
Masalah kedua ialah akaun ebay aku pula digantung kerana didakwa akaun dimasuki oleh orang yang tidak menggunakan ip yang sah. Haha.. itu aku la sebab guna proxy. Di ebay tidak la banyak jual tetapi dapat la duit skit-skit.
Jadi nasihat saya kepada pengguna internet supaya jangan guna proxy jika anda ingin membeli dan membuka akaun yang melibatkan transaksi pembayaran, pemindahan wang, paypal dan sebagainya. Perhatikan lambang ini ==>>
Berhati-hatilah ya!
Share This
This entry was posted
on Thursday, February 22nd, 2007 at 11:38 am and is filed under Internet, Streamyx, Umum.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
No comments yet.