Domain Name

Tahukah anda bagaimana cara untuk mendapatkan domain yang mempunyai PR ( Page Rank)? Sebenarnya, untuk mendapatkan domain yang telah tamat dan tidak aktif serta mempunyai ranking di google page rank adalah mudah. Cuma yang bermasalah bagi aku ialah untuk mendapatkan domain yang dikehendaki adalah sukar kerana kebanyakan domain telah dimiliki oleh orang lain terlebih dahulu.

Setakat ini aku hanya berjaya mendapatkan domain yang mempunyai 5/10 ranking di google. Tetapi sayang ada 2 domain yang mempunyai 5/10 aku tidak sempat melakukan seo sebelum google update. Akibatnya PR jatuh teruk.

Page rank dinilai daripada backlinks yang miliki oleh domain. Jika mempunyai backlinks yang banyak dari website-website yang mempunyai ranking yang tinggi ranking domain kita juga akan mendapat PR yang tinggi.

Aku menggunakan tool yang disediakan di website ini http://www.findeteer.com/name.php yang membolehkan kita mencari domain yang telah tamat dan mempunyai PR. Anda Cuma perlu memasukkan keyword pilihan anda jika anda bernasib baik anda akan mendapat domain yang dihajati dan mempunyai PR. Jika anda menjumpai domain yang dihajati cepat-cepat daftarkannya jika terlambat domain tersebut pasti akan terlepas kepada tangan orang lain. Tempat yang disyorkan anda mendaftar domain adalah di Ipower.com.

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Close
E-mail It