Seminggu dah berlalu cuti sekolah bermakna cuti aku pun telah tamat. Sekali orang kata tugas cikgu ini senang, banyak cuti kerja pun setengah hari je. Itu apa orang kata, tetapi apabila menjawat jawatan seorang cikgu anda akan tahu ia adalah sukar.
Banyak kerja yang perlu dilakukan yang orang lain tidak nampak dan ketahui. Kerja yang tidak dapat di siapkan di sekolah perlu bawa balik ke rumah untuk disiapkan. Memang semua kerja sepatutnya dihabiskan di sekolah tetapi kerja tersebut banyak dan ia perlu di selesaikan selebihnya di rumah. Perlu memikirkan setiap hari apa yang perlu di ajar esoknya. Semua telah dirangka tetapi ia tetap perlu difikirkan. Tugas-tugas berkaitan fail-fail sekolah, data-data murid dan banyak lagi. Aku tidak mahu menyebut satu-satu kerana ia adalah tugas yang perlu diselesaikan dan ia adalah dipertanggungjwabkan untuk diselesaikan.
Walau cuti sekolah panjang tetapi cikgu-cikgu tetap ada bertugas ke sekolah mengikut giliran masing-masing jadi pandangan orang bahawa cikgu langsung tidak bertugas apabila sekolah cuti adalah salah sama sekali. Kalau guru besar pula lain pulak cutinya, Semua guru besar perlu bertugas seperti biasa walau pada cuti sekolah mengikut waktu pejabat.
Aku ada juga terpikir tidak mahu menjadi guru besar biar la jadi guru biasa sebab nanti kena bertugas ikut waktu pejabat.
 Jangan kata aku berpikiran pendek! Tidak mahu terima cabaran. Aku terima cabaran tetapi aku hendak ambil jalan yang kurang memberi beban kepada diri sendiri. Tetapi hasilnya adalah sama. Agak-agak yang manakah pilihan anda?
Guru besar hanya pada pangkat di dalam jabatan tetapi gred jawatan adalah membezakanya. Bagi aku biarla gred jawatan aku yang tinggi. Jawatan guru besar itu tidak dapat pun tak pa.
Oh.. Sentuh gred jawatan teringat pada kenaikan gaji untuk kakitangan awam. Ini adalah berita gembira bagi kakitangan awam harap naik la gaji nanti.
. Sama-sama kita nantikan!
Pada kakitangan awam tingkatkan kualiti kerja anda jangan harap gaji je naik. Kualiti kerja hampeh! Pada cikgu-cikgu selamat bertugas.
Â
Share This
This entry was posted
on Sunday, March 18th, 2007 at 5:26 am and is filed under Sekolah, Umum.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
Selamat kembali ke Sekolah cikgu.
lagi sorang cikgu berblog…huhuhu…salam perkenalan
ya, lagi sorang cikgu berblog. inilah cikgu era baru. syabas.
Huhu.. btul tu rizal..
Biar xdapat jawatan guru besar asalkan dapat hidup gumbira..
Salam perkenalan Aman.. Terima kasih singgah..
Aku(bukan diri aku tp kpd en aku) Terima kasih.
InsyaAllah Fai..
rizal bakal jadi cikgu…cikgu saham pasni..:D
kia.. cikgu saham? banyak lagi perlu dipelajari. Maybe coming soon..