Kesian kepada sesiapa yang buta huruf. Aku sebagai cikgu akan cuba sedaya upaya menghalang masalah ini daripada berlaku dalam masyarakat Malaysia.
 Masalah buta huruf sebenarnya adalah tinggi di kalangan murid-murid sekolah di Malaysia. Persoalannya, siapakah yang harus dipersalahkan? Sudah pasti cikgu kan? Semua jari akan menunding kepada cikgu. Bulat-bulat cikgu-cikgu dipersalahkan.
Pecayalah semua cikgu-cikgu hendak muridnya pandai dan Berjaya. Tapi apa kan daya tidak semua menjadi mengikut acuan yang dikehendaki.
Aku mengajar murid tahun satu. Memang banyak masalah dalam kemahiran membaca pada murid-murid. InsyaAllah aku cuba sedaya upaya bagi membolehkan murid-murid aku ini membaca.
Tapi yang sedihnya, Ibu Bapa tidak turut sama mengajar anak mereka di rumah. Hanya mengharapkan cikgu-cikgu. Memang bukan semua ibu bapa begini tetapi ada yang berperangai begini yang menjadikan anak mereka ketinggalan.
Tugas guru memang la mengajar tetapi masa guru untuk mengajar anak murid adalah terhad dan tidak dapat menumpukan kepada seorang murid sahaja. Ibu bapa perlu sama-sama memainkan peranan supaya pendidikan anak-anak dapat dilaksanakan dengan baik.Masalah buta huruf juga akan dapat diatasi jika ibu bapa sama-sama berganding bahu.
Share This
This entry was posted
on Saturday, April 7th, 2007 at 3:33 pm and is filed under Sekolah.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
[...] 1. Bro Rizal (Rasa mesti kena punya kat YM ni Ho! Ho!) [...]
ape sbnrnye mslh buta huruf ni?nape kerajaan masih xbleh nak hapuskn?kate malaysia skrg da maju?guru pun da banyak… ape citer ni……….
Masalah sebenarnya adalah ibu bapa itu sendiri, kerana ibu bapa perlu prihatin terhadap penguasaan anak mereka dalam membaca.
Ibu bapa tidak boleh mengharapkan guru 100% kerana masa yang ada pada guru untuk mengajar murid adalah terhad manakala masa yang ada bersama anak-anak adalah banyak.
jadi jangan salahkan guru 100% dan pikirkan sebabnya.
Betl tu cikgu. Cikgu mana yang nak anak muridnya buta huruf. Cikgu seboleh-bolehnya menggunakan semua kepakaran yang ada untuk membantu mereka. tapi tak bolehlah harap sebelah pihak saja. Mak bapak pun kena main peranan. Mak bapak sekarang ni banyak yang tahu nak komen aje. Cuba dia sendiri yang jadi cikgu pada anak-anak. Tentu pening kepala.