Skim Cepat Kaya Atau Kayap?
Aku sangat gembira mendengar berita bahawa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur-penganjur skim cepat kaya. Aku lagi suka gelar skim cepat kayab sebab rasanya banyak yang kayab dan merana sebab skim cepat kaya ini.
“KUALA LUMPUR 13 April – Skim-skim pelaburan Internet yang difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan semalam sebenarnya bukan berpangkalan di luar negara sebagaimana digembar-gemburkan, sebaliknya diuruskan oleh rakyat Malaysia sendiri.
Siasatan Utusan Malaysia mendapati skim tersebut yang diuar-uarkan mendapat pengiktirafan di peringkat global, cuma beroperasi dari negara ini semata-mata.
Malah lebih malang lagi, maklumat dalam laman-laman web tersebut termasuk kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, offshore dan saham-saham lain juga adalah rekaan semata-mata.”
Ramai kawan-kawan yang mengajak aku masuk program ini. Tetapi aku tidak mahu kerana hasil pendapatannya adalah haram kerana ia adalah berunsur riba!
Keinginan untuk menjadi kaya menyebab manusia lupa akan hukum dan kebenaran. Diri akan menegakkan sesuatu pekara walaupun terang-terang dan benar diketahui salah. Inilah hakikatnya dek kerana WANG.
Tidak salah hendak jadi kaya malah agama pun menuntutkan kita mencari harta dan kekayaan. Tetapi jalan untuk jadi kaya itu perlulah berada di landasan yang betul dan tepat.
Kadang-kadang aku gelak sendiri bila kawan-kawan kata “nak kayaâ€. Perkatan “nak kaya†aku dengar dengan teliti dan ada semangat di dalamnya, Tetapi di tambah pula lagi dengan perkataan “cepatâ€. Ayat menjadi “nak kaya cepatâ€.
“Nak cepat kayaâ€. Hehe gelak aku dengar ayat ini sebab kaya itu tidak akan berlaku dengan cepat. Ia perlu usaha yang gigih dan keras, tidak mudah putus asa, berani tempuh cabaran dan banyak lagi..
“Pelaburan internet haram†Aku tidak suka pada ayat ini di dalam berita kerana ia menunjukkan seolah-olah semua pelaburan internet adalah haram. Masyarakat akan terus berkata pekara yang berkaitan internet haram. Aku sendiri mengalami masalah akibat daripada ayat ini. Ayah aku sendiri pun silap faham kata aku yang meniaga secara sah di internet ini dia kata haram. Tambah lagi aku main saham menggunakan internet sebagai penghubung. Aku main saham yang sah KLSE ( Bursa Saham Malaysia), bukannya saham cepat kayab tu.
Harapan aku kepada semua jauhi la daripada melabur skim atau saham cepat kaya ini. Memang benar ada yang dapat hasil berganda-ganda daripada pelaburan mereka. Tetapi ingat ia adalah haram. Ketahuilah hasil yang berganda-ganda itu adalah wang milik orang lain yang telah tertipu.
Jika benar-benar berminat hendak main saham daftarlah secara sah. Hanya RM 20.00 untuk membuat akaun saham ini CDS ( boleh rujuk blog saham



alhamdulillah…
da kuar fatwa ni..
Pada yang da terkena tu, sedar2 la… hindarilah skim2 yang macam tu lagi.. lagipun banyak lagi pelaburan halal yang diluluskan di malaysia…
Mari kita sama-sama sedarkan orang ramai mengenai skim ni. Ramai yang sedar sebenarnya tetapi mereka xmahu sedar. Yang penting kita jalankan tanggungjawab kita.
Jarang jumpa guru yang ada blog. mungkin kerana terlalu sibuk dengan tugas mengajar sampai lupa untuk menggunakan teknologi untuk berkongsi ilmu dan buah fikiran dengan orang lain secara global. tahniah. saya juga guru seperti anda (tetapi tidaklah semuda anda…) Punya blog sendiri untuk melontarkan buah fikiran, pendapat dan rasa. Teruslah menulis. Ada kelapangan, kunjungi blog saya PEN OF MY HEART di url yang dinyatakan. Selamat Hari Guru. Teruslah berusaha menjadi guru cemerlang dan tidak jemu berbakti.
Terima kasih Cikgu Intan kerana melawat blog saya.
Selamat hari guru.