Serangan

Angry men

Pernahkah anda diserang? Tidak kiralah diserang dari apa aspek sekalipun. Janji kena serang. Aku minggu ini telah diserang bukan oleh penjahat, along, musuh dan sewaktu dengannya.

Tiga hari berturut-berturut sekolah telah diserang. Tiga hari itu jugalah nama aku disebut-sebut. Popular aku di sekolah dan kampung.. haha (gelak jahat sikit walau tak jahat).

Kes pertama hari pertama :

Seorang bapa datang mengamuk menyebut nama aku dengan marah. Aku masih tidak sampai ke sekolah lagi pada waktu ini. Ini adalah apa yang di ceritakan oleh rakan aku.

Setelah aku sampai sekolah rakan mengatakan bapa yang mengamuk tadi marah, amukannya dituju kepada aku. Nampak kekecohan terus aku pergi bertanya mengapa.

Sebaliknya berlaku, Aku memberi salam dan bersalam dengan orang yang mengamuk tadi. Aku memperkenalkan diri. Pelik dia tidak marah pula. Rupanya marah kepada cikgu lain tetapi nama aku yang di jual. Cikgu yang hendak diamuk kebetulan bercuti. Jadi amukan terbatal. Selesai serangan pertama.


Kes kedua hari kedua :-

Kali ini memang ditujukan serangan kepada aku. Ia adalah berkaitan anak murid aku tahun satu. Murid tersebut tidak mahu datang ke sekolah disebabkan dia takut kepada aku dengan alasan aku memarahi dia. Murid ini tidak datang kesekoah pada hari ini. Hanya sampai di pintu pagar sekolah. Ibu murid ini mengatakan yang aku telah menyebabkan anaknya takut untuk ke sekolah.

Kes ketiga hari ketiga.

Cerita yang sama seperti kes kedua watak juga adalah sama. Begitulah juga alasannya.

 

Aku memang akan marah kepada murid-murid aku jika tidak mendengar kata dan nasihat tetapi marah aku juga ada hadnya tidaklah melampau. Aku tidak gila hendak marah tidak tentu pasal. Marah bukanya sesuatu yang seronok dan ia adalah sesuatu yang aku hendak elakkan. Jika aku marah pun aku tengking dan cubit tetapi tidak la aku hentam murid sampai cedera. Cuma marah untuk memberi amaran supaya mereka takut dan menyiapkan kerja.

Marah aku semuanya adalah bersebab, sebabnya seperti tidak bawa buku jika sekali tidak mengapa tetapi sentiasa. Langsung tidak pernah buat kerja, kerja juga tidak pernah siap, buku hilang pada tiap minggu. Jika kesalahan di lakukan sekali aku akan menasihati, begitu juga yang kedua. Tetapi jika sentiasa contohnya tidak bawa buku dan tidak pernah siapkan kerja nasihat pun tidak menunjukkan kesan kena marah la jawabnya. Itu pun tidak berubah juga.

Aku marah kerana aku bertanggungjawab kepada murid-murid aku. Bukan marah membabi buta sahaja. Memang cara psikologi tetapi cara “pukullogi”(ini konsep aku gelar sendiri) kena juga jika dah terlampau degil.

Memang terasa sakit hati bila berniat baik orang salah sangka niat kita. Apa kan daya. Walau apa pun aku tetap akan laksanakan tanggungjawab aku ini memberi yang terbaik dan terdaya.

 

RSS feed | Trackback URI

4 Comments »

Comment by aku
2007-05-12 12:50:10

wah.. mak bapak zaman sekarang memang cenggitu… abis apa solusinya?
anak dia tu mau masuk sekolah ke tak?

 
Comment by sharizal
2007-05-12 15:03:46

Sekolah.. Tapi meraung depan pagar tiap pagi. Dengar nak tukar sekolah. Biarlah diorang buat keputusan.
Dalam kelas langsung tidak mahu menulis pe semua. Lagi bertambah besar kepala.

 
Comment by mohdismail
2007-05-13 08:41:01

anak manja dirumah mungkin :)

sabar banyak2..

 
Comment by sharizal
2007-05-13 14:27:00

Sangat2 tepat mail.. :)
Memang banyak bersabar..

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Close
E-mail It