Kenaikan Gaji Kakitangan Awam

Malaysia adalah sebuah Negara yang membangun dengan pesat dan masyarakat hidup dengan susanan yang harmoni. Pembangunan Negara tidak akan dapat dicapai sekiranya rakyat tidak bersatu padu dan berkerjasama mengembeling tenaga di dalam meningkatkan ekonomi Negara. Jadi rakyat adalah penggerak kepada ekonomi.

Sejajar dengan perkembangan ekonomi, peningkatan KDNK dari tahun ke tahun kerajaan telah bersetuju menaikan gaji kakitangan awam. Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia mendapat peratus kenaikan yang paling tinggi Aku yang berkerja sebagai kakitangan awam amat bersyukur dengan kenaikan gaji baru ini. Secara keseluruhan pembahagian kenaikan adalah adil.

Maklumat kenaikan :-
Kenaikan gaji kakitangan awam

100 peratus – kenaikan Elaun Kos Sara Hidup (Cola)
* Kadar semasa RM100 sebulan; kadar baru RM200 sebulan (luar bandar)
* Kadar semasa RM150 sebulan; kadar baru RM300 sebulan (bandar)

35 peratus – Kumpulan Sokongan II
* Gred 1 hingga 16
* Contoh: pemandu, tukang masak, buruh dan pembantu pejabat
* Gaji semasa: RM499.64 (minimum) / RM872.89 (maksimum)
* Gaji baru: RM674.51 (minimum) / RM1,178.40 (maksimum)

25 peratus – Kumpulan Sokongan I
* Gred 17 hingga 40
* Contoh 1: kerani
* Gaji semasa: RM656.30 (minimum) / RM1,721.10 (maksimum)
* Gaji baru: RM820.37 (minimum) / RM2,151.37 (maksimum)
* Contoh 2: guru lepasan diploma
* gaji semasa: RM1,124.57 (minimum) / RM2,428.95 (maksimum)
* Gaji baru: RM1,405.71 (minimum) / RM3,036.18 (maksimum)

15 peratus – Kumpulan Pengurusan dan Profesional
* Gred 41 hingga 54
* Contoh 1: guru lepasan ijazah
* Gaji semasa: RM1,474.65 (minimum) / RM4,039.85 (maksimum)
* Gaji baru: RM1,695.84 (minimum) / RM4,645.82 (maksimum)
* Contoh 2: Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)
* Gaji semasa: RM1,733.59 (minimum) / RM4,102.77 (maksimum)
* Gaji baru: RM1,993.62 (minimum) / RM4,718.18 (maksimum)


7.5 peratus – Kumpulan Pengurusan Tertinggi
* Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa)
* Contoh 1: Ketua Pengarah
* Gaji semasa: RM6,571.40 (minimum) / RM8,229.10 (maksimum)
* Gaji baru: RM7.064.25 (minimum) / RM8,846.10 (maksimum)
* Contoh 2: pengarah jabatan
* Gaji semasa: RM6,135.80 (minimum) / RM7,672.50 (maksimum)
* Gaji baru: RM6,595.98 (minimum) / RM8,247.93 (maksimum)

Kenaikan gaji PDRM dan ATM

42 peratus – Kumpulan Sokongan II
* Gred 1 hingga 16
* Contoh: Prebet
* Gaji semasa: RM684.00 (minimum) – RM1,670.17 (maksimum)
* Gaji baru: RM923.4 (minimum) – RM2,254.7 (maksimum)

30 peratus – Kumpulan Sokongan I
* Gred 17 hingga 40
* Contoh: Leftenan Muda
* Gaji semasa: RM1,175.00 (minimum) – RM1,781.21 (maksimum)
* Gaji baru: RM1,468.75 (minimum) – RM2,226.5 (maksimum)

18 peratus – Kumpulan Pengurusan dan Profesional
* Gred 41 hingga 54
* Contoh: Kolonel
* Gaji semasa: RM4,460.46 (minimum) – (maksimum) RM5,816.87 -
* Gaji baru: RM5,129.5 (minimum) – RM6,594.9 (maksimum)

9 peratus – Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa)
* Contoh: Brig Jeneral
* Gaji semasa: RM4,975.00 (minimum) – RM6,699.25 (maksimum)
* Gaji baru: RM5,348.12 (minimum) – RM7,201.6 (maksimum)

Bagi kakitangan awam semestinya seronok dengan kenaikan ini begitulah juga aku. Tetapi dengan kenaikan ini sudah pasti harga barang keperluan juga akan turut naik. Sedangkan belum diumumkan naik gaji harga tepung naik dulu. Kita sama-sama lihat sama ada naik atau tidak.

Kepada sesiapa yang berpendapatan tetap sama ada makan gaji atau berkerja sendiri janji ada pendapatan tetap sudah pasti jika berlaku kenaikan harga barang sekalipun walau mahal tetap mampu membeli. Tetapi bagaimana pula orang-orang kampung yang tidak mempunyai pendapatan tetap?

 

20 thoughts on “Kenaikan Gaji Kakitangan Awam

  1. sharizal Post author

    Betul Pak Di.. Tp sekurang-kurangnya dapat juga dari tiada langsung..
    Terima kasih Pak Di kerana mencemar duli komen blog ni.. :)

  2. joys

    kenapa tak naik gaji ikut kelulusan akademik….kan bagus. Walaupun kerja sebagai kerani ke, tukang sapu ke tetapi ada ijazah. Kalau diberi gaji mengikut kelulusan, penganggur-penganggur kehormat tidak memilih kerja.Mereka akan buat kerja apa saja asalkan halal.Kenapa kakitangan yang bekerja di luar bandar tidak menerima elaun hidup susah/sukar seperti jabatan pendidikan.

  3. mysticmind

    Banyak la ko ikut sijil .
    Pakcik aku yang takde sijil tuh lebih terel jadi manager dan buat profit untuk kompeni bebanding budak grad Business Study yang haram tak reti kejadah apa lepas kuar U.

    Bukan soal sijil, soal KUALITI KERJA.

    Kakitangan kerajaan pun sama.
    Apeeee itu Loyalty takde makne ke? Bukan ke ramai orang nak kesetiaan?.
    Kerja berpuluh2 tahun kat situ laa.. bebanding kejap lompat sana, kejap lompat sini.

    Belum apa dah demand, konon tak memilih kerja kalau ikut kehendak.. Mmg sah laa takde orang nak layan.. ko taknak kerja, ramai lagi orang nak kerja.. ;)

  4. sharizal Post author

    “joy” Logik ke jika hanya berkerja sapu sampah hendak gaji besar? berbaloi ke gaji anda dapat? gaji banyak keje skit..

    Soal memilih kerja adalah salah diri sendiri. Kerana memilih. Jadi jangan salahkan orang lain.

    “Kenapa kakitangan yang bekerja di luar bandar tidak menerima elaun hidup susah/sukar seperti jabatan pendidikan.”

    Bagi kakitangan kerajaan elaun telah diberi sewajarnya oleh kerajaan. Elaun sukar itu hanya bagi guru yang mengajar di pedalaman.

  5. siti

    gaji banyak pun kalau tak berkat tidak ada gunanya. 5 minit lambat masuk kerja dah makan duit haram, tau tak?. dapat gaji beribu pun habis. yang penting ikhlas bekerja dan pendapatan halal.

  6. ABU SEMAN

    Syukur al-hamdullillah, sekurang-kurangnya golongan yang berpendapatan rendah dapat merperbaiki taraf hidup mereka. Tetapi janganlah ada pihak yang mengambil kesempatan di atas kenaikan gaji kakitangan awam ini. Terima kasih

  7. Shah

    Gembira tapi duka sebab kakitangan swasta kecewa.
    Perkhidmatan kami memang tip top sebab jaga imej syarikat.
    Jadi Kakitanga Awam berilah perkhidmatan yang jujur tak usah lah pukul 10.00 pagi kat kedai mamak.

  8. Yang Merasa

    Elaun yang tidak adil!!.

    Lepasan Ijazah = RM500+
    Pelajar lepasan ijazah mempunyai peluang jawatan & gaji yang tinggi. Walaupun mereka tidak mendapat perkerjaan, mereka dan keluarga mereka masih boleh berbangga dengan ijazah yang dimiliki. Boleh berbangga-bangga terhadap rakan dan saudara. Mereka juga boleh membayar hutang pelajaran dengan elaun ini.

    Lepasan Diploma = RM300+
    Pelajar lepasan diploma mempunyai peluang jawatan & gaji yang sederhana. Walaupun mereka tidak mendapat perkerjaan, mereka dan keluarga mereka masih boleh berbangga dengan diploma yang dimiliki. Boleh berbangga-bangga terhadap rakan dan saudara. Mereka juga boleh membayar hutang pelajaran dengan elaun ini.

    Lepasan SKM = RM0
    Pelajar lepasan sijil kemahiran atau MLVK tahap 2-3 mempunyai peluang jawatan & gaji yang agak rendah. Walau mereka tidak mendapat perkerjaan, mereka dan keluarga mereka masih TIDAK dapat berbangga dengan sijil yang dimiliki. Mereka TIDAK dapat berbangga-bangga terhadap rakan dan saudara. Yang perit mereka tersepit untuk membayar hutang pelajaran SETIAP bulan.

    Diharap pelajar lepasan sijil kemahiran atau MLVK tahap 3 diberi RM100. Kan adil…

    Jangan lah yang sudah tinggi dijulang lagi, yang rendah dipijak pula.yang kaya semakin kaya, yang miskin makin dihimpit..

  9. nazrul

    banyak maklumat yang diberikan dalam ni salah. Contohnya

    18 peratus – Kumpulan Pengurusan dan Profesional
    * Gred 41 hingga 54
    * Contoh: Kolonel
    * Gaji semasa: RM4,460.46 (minimum) – (maksimum) RM5,816.87 -
    * Gaji baru: RM5,129.5 (minimum) – RM6,594.9 (maksimum)

    dimulai denganyang berpangkat kapten. jdi jurangnya tak banyak dgn yang berpangkat lt muda. lagi satu elaun ijazah betul ke 500. Cikgu lepasan ijazah semuanya dapat 300. je. jgn masukkan fata yang silap bahaya.

  10. apakepantatbeno

    budak u toksah la memilih keje,lulus u blum tentu bijak…harapkan lulus je nk keje yg bagus2 ,nk dok kat air cond la,tak nak keje susah…banyak la hotak ko…keje cuci pinggan pun ok sebagai pemulaan…org suruh blaja tinggi2 bukan nk sbuk terlibat ngan politik……cuba le blaja btul2 jgn susahkan mak bapak….jgn cbuk nk ikut org berpolitik,merempit la jg ingat dah bagus sgt

  11. mat tiarap

    salam sejahtera,
    untuk sedara shah,kamu jnganla mgeluh,nak naik gaji mcam geng2 awam ni cos 2 kan govermnt yg umum,jd jgn rasa xpuas hati..ok..klau awk nak gji mcam 2 gak overtime,mesti dpt ye ok wsalam….

  12. eko kulat

    betol ker peratus yg disediakan kat atas tu? kalau betol peratusnya, mudahan dapat kan gaji naik…. syukur alhamdulillah….

  13. syam

    trma ksh la kpd krjaan krna mmbri kenaikan gji kpd sektor awam n atm,mudahan2 ape yg dibncangkan selama termakbul la hrap2 mcm tula.

Leave a Reply