Tajuk ini terlintas di dalam kepala apabila menjawab ruang sembang-sembang di WangCyber tentang badan ditindih. Semasa membalas diruang sembang-sembang teringat pekara yang berlaku di hostel dulu. Memang takut kenangan itu.
Apa yang aku hendak ceritakan tidak berkaitan langsung dengan hantu. Tetapi ia berkaitan dengan mati. Adakah anda masih ingat gempa bumi yang menyebabkan tsunami dulu? Kemudian terdapat susulan gegaran gempa bumi di negara kita.
Semua ini berkaitan dengan gegaran gempa bumi yang menggongcangkan hostel setinggi 13 tingkat. Berlaku pada waktu malam, semasa asyik menaip sambil mendengar lagu. Aku rasakan kerusi aku yang di buat daripada plastik lembik seperti terbakar dan sedia menanti untuk cair.
Pelik jadi aku periksa kerusi tetapi tiada apa yang berbeza pada kerusi. Rakan yang sedang baring sambil menaip mesej di handpone bertanya,â€aku pening ke nampak ko cam goyang jeâ€. Aku jawab “mana la tahu ko yang peningâ€.
Huh berderau darah bila badan bergoyang mengikut lantai hostel yang bergoyang. Lari ke luar melihat keadaan. Pintu di luar di ruang rehat bergoyang kuat. Dengan spontan aku menjerit, “ hostel nak runtuh!â€. Dalam hati kata mati aku hari ni. Dalam takut nak selamatkan diri kelakarnya aku sempat masuk ke bilik sebelum lari semata-mata hendak ambil telefon. Hehe
Rasa sekejab sahaja aku turun tangga 13 tingkat. Banyak kali juga aku melompat. Nasib baik tak patah kaki. Sampai kebawah aku rasa lega tetapi kepala pening. Terpikir dalam kepada betapa besarnya Kuasa Tuhan baru goncang sekejab dah boleh jadi pening.
Alhamdulilah, Semua selamat dan bangunan yang bergegar tidak runtuh. Tetapi pada hari itu adalah pekara yang paling takut aku rasakan kerana berpikir aku akan mati bersama-sama bangunan yang runtuh.
Share This
This entry was posted
on Friday, May 25th, 2007 at 3:25 pm and is filed under Kenangan, Umum.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
wah.. tak sangka ko ada pengalaman tu.. hostel ko katne yang sampai 13 tingkat tu..
Ko tau Lembah Pantai KL x? Dekat dengan Universiti Malaya atau stadium hoki KL.
Hostel Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBBM). Tu la hostel aku dulu.
aku pnah rasa blik hostel aku bergerak2..
bkn gempa bumi..tp org ckp bgnan yg aku dok tu xkuat konkrit dier..
uhu..
Cerita disahkan oleh Aware, hehehhe sebab aku pun ada kat situ
rekod paling laju turun melalui tangga dari tingkat 11 
yattie, Boleh duduk ke lagi kat hostel tu?
Oh g my friend (Aware).. Terima kasih datang ke blog aku..
asrama tu dh terlalu lama…struktur bangunan pun dh condong sikit…
Betul tu. Mana tahu ni? penah belajar di IBMM ke?