Bank Rakyat

Aku bukan kerja dengan bank rakyat. Cuma hendak hebahkan dan memberi maklumat. Kepada penganggur-penganggur yang ada di kampung dan pengusaha-pengusaha, bank rakyat ada menyediakan pinjaman kepada sesiapa yang layak. Rebut peluang ini terutama graduan yang menggungur. Tukar mentaliti anda menanti kerja untuk makan gaji dengan membina bisnes sendri.

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa-i

Program pembiayaan Skim pembiayaan Ekonomi Desa menyediakan pembiayaan jangka masa panjang untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang berkelayakan (Maksimun 500,00.00) Pembiayaan bertujuan meransang pembangunan dalam pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan penternakan serta meningkatkan usaha-usaha perniagaan am. Ini termasuk pengambilan tanah dan bangunan, kemudahan baru atau sedia ada dan kos permulaan, serta modal kerja terhad.

 

Konsep

  • Qardhul Hasan

Tujuan

  • Pembiayaan ini adalah untuk pengusaha industri luar Bandar

Kelayakan

  • Pengusaha luar Bandar perseorangan atau syarikat (Bumiputra 100%)
  • Pengusaha persorangan berusia lebih 55 tahun, seorang penjamin diperlukan.
  • Untuk Syarikat salah seorag rakan kongsi akan menjadi penjamin (milik bersama)
  • Pengusaha mejalankan perniagaan sepenuh masa.

Bidang Dibiayai

  • Industri pembuatan
  • Industri perkhidmatan
  • Aktiviti trading
  • Pertanian termasuk perikanan dan penternakan
  • Aktiviti-aktiviti sokongan yang berkaitan dengan bidang industri
  • Bidang-bidang ekonomi lain termasuk aktiviti perlancongan yang boleh dikomersialkanmengikut keperluan semasa.
  • Dibuka kepada kerja-kerja kontrak kelas F yang terbabit dalam bidang pembinaan projek-projek bernilai RM 200,00.00 ke bawah

a) Jenis pembiayaan yang dibiayai :-

Pembiayaan jangka panjang

  • Untuk membeli mesin/peralatan dan ubahsuai premis perniagaan kontraktor

Pembiyaan jangka pendek

Pembiyaan modal kerja untuk kos bahan mentah dan kos pengurusan kontrak. Syaratnya ialah:

i. Jumlah pembiayaan tidak melebihi 70% nilai kontrak

ii. Tempoh bayaran balik tertaluk kepada kontrak atau tempoh projek

iii. Pengeluaran wang adalah secara berperingkat mengikut progress kerja

iv. Bank menyelaras bayaran balik pinjaman

v. Tiada tempoh tangguhan

b) Menjalankan aktiviti pembinaan dan perkhidmatan di luar Bandar

c) Bayaran perkhidmatan sebanyak 5%

Had Pembiayaan

  • Minimun RM30,000.00 dan maksimun RM500,000.00

Tempoh Pembiyaan

  • Maksimun RM250,000.00 - 3-5 tahun
  • Lebih RM250,000.00 - 5-7 tahun
  • Tempoh tangguhan diberikan selama 6 bulan dan bayran bermula bulan ke tujuh

Cagaran

  • Ikut kesesuaian
  • Seorang penjamin bagi pengusaha lebih 55 tahun

Bayaran Proses/Deposit Sekuriti

  • Dikecualikan

Kepada graduan-graduan menganggur ambillah peluang bina bisnes anda. Terdapat banyak kemudahan pinjaman lagi sebenarnya Cuma anda perlu rajin berusaha, dimana ada usaha disitu ada kejayaan. Maklumat lanjut sila ke Bank Rakyat.

 

RSS feed | Trackback URI

6 Comments »

Comment by julianah bte samini
2007-06-01 23:52:46

bagai mana cara memohon pinjaman di bank rakyat untuk menambah modol
perniagaan saya. dan apa kah cara yang perlu saya lakukan,

 
Comment by sharizal
2007-06-02 02:19:42

Anda boleh ke bank rakyat yang berhampiran untuk maklumat lanjut. Sekarang pun bank rakyat ada peruntukan dari kerajaan untuk peniaga. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

 
Comment by sathya manohari nair
2007-08-10 07:57:58

hi i am indian who is 29 years old. Currently who is doing own business in a smaller way.I am planing to enlarge my business and badly i need financial support from bank (Business Loan) can anyone advice me?

Comment by sharizal
2007-08-10 09:36:27

Just go to the bank asking them you can apply loan for your business or not.

 
 
Comment by ZAM
2008-08-29 13:24:23

Bagi siapa-siapa yang ada rekod dgn mana-mana bank-bank lain walaupun bawah rm5 ribu jangan haraplah untuk memohon pinjaman dgn bank rakyat kerana pinjaman usahasama bank rakyat dgn STEB yang dipohon oleh isteri saya baru sahaja ditolak kerana kerenah bank rakyat yang tidak ada tolak ansur langsung,sedangkan isteri saya cuma ada rekod dgn BSN hanyalah rm3 ribu lebih sahaja.Itu pun kerana perniagaan yang dulu kami usahakan tidak berjaya.

Comment by sharizal
2008-08-30 01:44:08

Bank sangat menitikberatkan rekod kewangan anda. Bank tidak membenarkan sesiapa yg mempunyai masalah kewangan untuk meminjam kerana mereka akan berpendapat anda tidak mampu untuk membayar pinjaman.

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Close
E-mail It