Hasad Dengki

Di dalam hati setiap manusia ada tertanam perasaan ini, walau tidak kuat tetapi ia tetap ada. Hanya orang-orang yang terpilih oleh Tuhan sahaja iaitu Nabi dan para Rasul kita terpelihara daripada perasaan hasad dengki ini.

Aku bukan ingin berceramah tetapi hanya sekadar ingin berkongsi masalah hasad dengki ini di dalam masyarakat kita. Entah kenapa perasaan hasad dengki ini sungguh menebal di dalam masyarakat Melayu. Memanglah tidak semua orang Melayu begitu tetapi ia adalah kuat. Anda sendiri mesti pernah mengalami pekara-pekara yang menjurus kepada hasad dengki ini.

Kebanyakkan masalah ini timbul kerana iri hati kepada kejayaan dan usaha orang lain. Orang lain susah payah berusaha untuk mencapai sesuatu tetapi orang di sekeliling hanya pandai mengutuk, memperlekehkan dan mengumpat orang lain di atas kejayaan orang itu. Kita ambil contoh seperti didalam bidang perniagaan, Jika seseorang itu berjaya dalam perniagaan ada sahaja yang tidak baik di lemparkan dan ada juga yang memarahi orang yang berjaya tersebut. Padahal orang yang berjaya tersebut tidak berhutang atau melakukan kesalahan apa-apa kepada si pedengki.

Aku kagum dengan masyarakat Cina di dalam perniagaan. Mereka mencetuskan persaingan yang sihat antara mereka dan membantu antara satu sama lain. Pernah atau tidak anda ingin membeli sesuatu di kedai Cina tetapi barang tersebut telah tiada? Agaknya apa yang akan di lakukan oleh penjual Cina tersebut? Penjual Cina itu akan memberitahu kedai sebelah ada, atau dia sendiri akan pergi ke kedai sebelah mengambil barang. Betul tak?

Cuba jika di kedai Melayu yang kita pergi dan di sebelah juga adalah kedai Melayu. Jangan harap dia akan cakap kedai sebelah ada. Itulah ragam peniaga Melayu dan semua ini disebabkan perasaan dengki.

Baik dari apa jua pekara dengki ini tetap ada dalam hati orang Melayu dan tidak tahu bila ia akan berakhir. Kebanyakan adalah kerana dengki kepada bangsa sendiri. Ia bagai tidak sedar diri, diri sendiri adalah bangsa apa.

Cuba bawa perasaan dengki ia ke arah positif iaitu dengki tetapi ia di tukar sebagai semangat untuk lebih berjaya dan berusaha lebih kuat dari tidak buat apa-apa dengan hanya pandai berbual kosong menghabiskan masa di warung tidak kira siang atau malam.

Marilah kita membentuk hasad dengki itu kepada semangat yang positif supaya ia menjadi semangat untuk berusaha lebih Berjaya. Dan mari kita sedarkan orang kita agar menghargai bangsa sendiri.

RSS feed | Trackback URI

4 Comments »

Comment by Fai
2007-06-12 13:31:16

Kadang2 ada juga peniaga melayu yang guna bomoh nak jatuhkan peniaga melayu yang lain.. Susah la kalau semua asyik nak menjatuhkan tetapi tidak improve diri sndiri..

Tapi saya paling takut “santau”.. :|

PS: Selamat Kembali ke sekolah, cikgu :lol:

(Comments wont nest below this level)
Comment by Rizal
2007-06-12 13:50:49

Orang kita memang suka bomoh-bomoh ni. Tah bila hendak hilang.
Santau? ko balik kg dekat je dengan masalah ni.

Terima kasih. sekolah tension minggu ni sebab dengar ada pelawat nak datang.. Huhu..

 
 
Comment by aku
2007-06-12 14:37:52

penah sekali aku dari satu cc ke cc yang lain(sebab cc yang sebelum ni takde apetah,aku dah lupa).. pastu masa aku masuk cc yang kedua ni, dia cakap gini:
“Internet putusla hari ni(maybe ada gangguan talian), satu Shahab(hentian bas Alor Setar) ni takde internet!”
nak gelak pon ada, bengang pon ada.. aku baru jer dari cc bawah da!
ini tak lain tak bukan, taknak aku gi cc lain ler tu..

amacam, ada kaitan tak kisah aku dengan subjek dengki mendengki ni :D

(Comments wont nest below this level)
Comment by Rizal
2007-06-12 15:19:10

A’a memang berkaitan cuma masa, tempat dan watak je berlainan. :) tetapi mesej adalah sama.

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.