Pengalaman Pertama Sebagai Pengerusi Majlis

Aku bukan seorang yang suka melibatkan diri di dalam sesuatu majlis di mana memerlukan aku menonjol diri di khalayak. Aku lebih suka berkerja di belakang tabir sebagai pembantu biar la orang tidak kenal atau terpaksa melakukan banyak kerja asalkan tidak memerlukan aku menonjolkan diri.

Apa yang ingin aku ceritakan ialah mengenai pengalaman pertama ( bukan malam pertama ek :) ) terpaksa menjadi pengerusi majlis. Hendak kata dipaksa tidak juga kerana tugas ini telah dipertanggungjawabkan kepada aku. Jadi hendak atau taknak kena la juga memikulnya walaupun berat hati. Sebenarnya dah cuba untuk mengelak dan memberikan alasan tetapi apa yang hendak dikata alasan tidak diterima.

Aku tidak pernah menjadi pengerusi majlis oleh itu aku rasakan tugas ini amat membebankan. Rasa hendak demam badan dibuatnya. Aku akan ditugaskan untuk menjadi pengerusi majlis untuk perasmian Mesyuarat Agung PIBG sekolah. Setiap mesyuarat agung PIBG perlu dimulakan dengan majlis perasmian, ucapan-ucapan daripada guru besar, Yang Dipertua PIBG dan tetamu jemputan yang merasmi dan aktiviti penyampaian hadiah. Selepas majlis ini barulah bermula mesyuarat agung PIBG.

Bermulalah persiapan aku merangka teks yang akan aku gunakan nanti. Aku bertanya kepada guru lain yang berpengalaman menjadi pengerusi majlis. Teks ucapan siap dah aku baca berulang kali bagi mengelakkan kesalahan.

Perasan yang bercampur-campur, kejap sejuk kejap panas badan semasa berdiri sebagai pengerusi majlis. Hendak kata takut tidak juga cuma gemuruh. Sebelum aku melontarkan perkataan yang pertama aku membaca bismilah dan selawat supaya gugup aku dikurangkan serta dihilangkan. Terketar juga pada mulanya kata-kata aku. Tidak tahu la aku jika yang mendengar tidak terdengar aku berkata seperti terketar tetapi aku merasakan ia begitu.

Satu perasaan yang aku tidak sangka, semasa berdiri sebagai pengerusi. Aku menjadi seronok dan semua gemuruh, gugup, takut dan sejuk panas badan aku hilang. Lagak aku semasa berucap sebagai pengerusi majlis berucap seperti telah biasa bertugas sebagai pengerusi majlis. Aku berjaya mengusai diri aku bertindak sebagai pengerusi majlis yang mengusai majlis sepenuhnya.

Apa yang membuatkan aku boleh mengusai keadaan dan serasi berdiri sebagai pengerusi majlis ialah dengan cara menguasai diri sendiri dengan berkata yang kita boleh dan melontarkan kata-kata semasa berucap dengan yakin. Mata memandang ke seluruh khalayak dan berucap seolah-olah kita mengenali semua orang.

Ini ada beberapa tips daripada aku khas kepada yang tidak berpengalam dan tidak pernah menjadi pengerusi majlis:-

  • Buat teks ucapan dengan merujuk sumber-sumber yang ada.
  • Baca teks berulangkali supaya kita biasa dengan teks.
  • Jangan lupa bawa teks semasa majlis sebenarnya.
  • Tidak perlu menghafal teks kerana ia akan memberi tekanan kepada anda. Bawa teks semasa berucap inilah jalan penyelesaiannya semasa berucap.
  • Susun kertas teks mengikut aturan yang betul
  • Semasa berada di tempat berucap pandang keseluruh majlis dan orang yang ada.
  • Baca doa apa yang tahu. Senang bismillah dan selawat je.
  • Kumpulkan semangat yang ada dan mulalah berucap dengan yakin.
  • Kuasai suasana dan hilangkan gemuruh anda dengan mengatakan anda boleh. Fikirkan anda BOLEH! ini paling penting.

Setelah berjaya menjalankan tugas sebagai pengerusi majlis aku rasakan ia sesuatu yang seronok kerana dapat berucap dengan baik. Tugas ini dapat aku lakukan dengan baik dan kemungkinan aku orang yang akan dicari lagi lain kali. Walau aku seronok dan boleh laksanakan tugas ini tidak bermakna aku akan menerima jika ditawarkan. Jika kena paksa dan terpaksa, apa hendak kata lagi. Aku yang menurut perintah la. Kena la lagi jawabnye.

RSS feed | Trackback URI

19 Comments »

Comment by Maizul
2007-07-10 07:43:55

Lepas ni boleh jemput jadi pengacara jemputan tak?

Aku pernah jadi pengacara majlis
1. MaulidulRasul
2. Pengacara Sukan
3. Pengacara Mesyuara PIBG
3. Pencara Hari Anugerah Kecemerlangan…

er… takde orang lain ke nak ganti aku….

Comment by Rizal
2007-07-10 07:53:25

Xnak aku.. hehe
Memang nak dielakkan. Tapi aku rasa aku akan kena lagi.

 
Comment by dayah
2008-03-27 14:13:21

boleh tak awak tolong send kat saya teks ucapan pengerusi majlis anugerah cemerlang dan hari sukan. Tolong ek

Comment by sharizal
2008-03-27 14:26:13

Hoho.. boleh tapi tak tahu bila boleh sent. Aku tidak berjanji jika ada kelapangan aku sent.

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by dyla
2008-03-11 13:17:46

sy tgh cr info psl nk wat teks pengacaraan majlis nie..assignment sy untuk subjek bahasa melayu komunikasi..cuaknye..xske b’ucap dpn org rmai..huhu..ade x rujukan utk sy cr utk wat teks ucapan? tgh blur giler nie..huhu

Comment by sharizal
2008-03-14 20:15:38

Buat teks itu ikut format.. Contoh panggillan-panggilan tetamu tu je yang penting lain tu boleh goreng. Xpayah la nak cuak2.. :)

 
 
Comment by hanif
2008-04-01 08:44:00

leh x tolong sent kat sy teks ucapan mana2 majlis pun x pa…

 
Comment by ina
2008-04-22 00:55:15

aku ni lg x pnh jd pengerusi majlis. jap gi kena chair meeting pelancaran rakan muda. baru chair meeting. lum lg chair majlis besar. tu pun dh gabra. apa la aku ni.

 
Comment by RMteam
2008-05-15 11:25:31

huhuhu esok aku jadi MC Majlis Penutupan Bengkel Pengacara Majlis di Dewan Mini PKG Dalat…

 
Comment by syam
2008-05-19 03:20:56

boleh bagi aku teks ucapan hari perpisahan guru besar tak?
aku takder idea la….selamernyer@yahoo.com

 
Comment by adyiz
2008-06-16 01:39:33

aku pun biase jgk r bro.. da kje kan namenye

 
Comment by eira
2008-07-12 14:59:36

aku slalu jgk jadi MC. Ada satu buku tajuk “ANEKA TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS”. Aku dah beli pun. ada jual kat koperasi UPM. tak pasti skang ada lagi atau tak.kebetulan pegi KL. Tapi skarang ni tgh mencari pantun-pantun & bahasa berirama sebagai koleksi utk buat teks MC. Ada tak?

Comment by sharizal
2008-07-14 07:31:41

ada tapi semua dalam buku. Malas nak taip.. hehe

 
Comment by laila ahmad
2008-08-13 02:52:51

boleh tak share buku tu and pantun-pantun dan bahasa berirama
perlu sangat kpd ku yang selalu kena jadi mc tak boleh elak

 
 
Comment by haliza ahmad
2008-07-19 04:17:53

salam…..hai… kita mesti mencari macam mana sebenarna nak jd pengacara utk pe pun majlis…. blh x korang share teks korang….

 
Comment by ewan
2008-08-06 03:47:31

salam… wawa… bertuah n best giler lau jd “MC”… leh dpt mcm2 pengalaman da… Rugi lau korang x “try”,.. “cuba”,… “test”… So, cuba2 la k… Good Luck!

 
Comment by laila ahmad
2008-08-13 02:55:41

tolonglah taip ape2 yang terbaik tu.
berilah mane yang patut aje
taipkan pantun2 pembuka dan penutup

 
Comment by Cik Zetty
2008-10-09 04:22:40

Cane neh?

 
Comment by minmace06
2008-11-18 06:37:34

aku memang selalu jadi mc semua program peringkat daerah dan negeri ..cam nak luruh jantung ni,bila berdiri depan orang ramai….tp korang semua kenan ingat la…apabila koarng di minta jd mc bermakna korang ada bakat la….jd yakin pada diri sendiri k…

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Close
E-mail It