Pengurusan Masa Yang Terancang


Kehidupan seseorang akan lebih terurus dan lancar sekiranya mempunyai pengurusan masa yang baik. Disiplin yang tinggi dan ketat perlu bagi memastikan kelancaran kepada pengurusan masa yang baik dan secara tidak langsung akan menjayakan seseorang itu kepada apa yang dirancang.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda mempunyai pengurusan masa dengan membuat satu jadual harian untuk hidup anda? Jika YA, angkat tangan.

Aku memang lemah dalam pengurusan masa ini. Ada membina jadual bagi mengurus perjalanan kehidupan hari-hari tetapi jadual tinggal jadual. Cuma bertahan beberapa hari sahaja selepas itu entah ke mana jadualnya.

Walau tidak mengikut jadual tetapi aku rasakan rutin harian setiap hari ada sama seperti biasa. Jadi walau tiada jadual, perjalanan hidup adalah seperti biasa cuma kerja tidak menjadi lebih tertumpu dan fokus kerana ia hanya mengikut keperluan dan kepentingan. Contoh, apa kerja yang perlu disiapkan terlebih dahulu dan penting adalah satu yang perlu diselesaikan dulu.

Setiap orang yang berjaya ada mempunyai sistem jadual yang sendiri dan ketat.Mereka mematuhi jadual mereka. Ini adalah satu kemestian kerana jadual boleh mendisiplinkan kita dalam hidup. Jadi pendek kata “mesti ada jadual untuk pengurusan masa kita dan ia adalah faktor kita berjaya dan menjadi lebih berfokus dalam mengejar matlamat dalam hidup”.
Persoalan yang timbul. Adakah orang yang tidak mempunyai jadual tidak akan berjaya? Siapa hendak jawab angkat tangan. Eh.. Ada ke yang angkat? hehe Aku punya jawapan ialah TIDAK. Bagaimana dengan jawapan anda?

Jadual untuk seseorang itu akan wujud secara tidak langsung walau ia tidak bertulis dan dirancang di atas kertas tetapi ia wujud dengan sendiri kerana berlakunya proses pengulangan rutin-rutin harian seorang. Oleh itu, jadual telah wujud dengan sendiri.

Jika jadual langsung tidak wujud walau dirancang dengan ditulis atau secara tidak langsung daripada rutin harian bermakna orang yang terbabit langsung tidak mempunyai mana-mana arah dalam hidupnya. Ini kerana dia tidak terikat pada sebarang tanggungjawab yang perlu dilakukan. Inilah mengapa aku kata orang yang tidak mempunyai jadual tidak akan berjaya dalam kehidupannya kerana dia tiada sesuatu yang di lakukannya untuk dirinya.

Jadi untuk menjadi lebih berjaya kita perlu pengurusan masa yang baik dan mempunyai jadual untuk menguruskan kehidupan kita. Jadual yang perlu dipatuhi dan diikuti supaya matlamat yang ingin dicapai tercapai dengan lebih cepat dan terancang.

4 thoughts on “Pengurusan Masa Yang Terancang

  1. Pingback: Afhamrahman Dot Com » Teknik Pengurusan Masa secara Sistematik

  2. mohd najmi bin mosli

    saya rasa ini bagus utk pelajar seperti saya .saya sarankan anda buat lebih baik atau beri banyak lagi tips utk pelajar macam saya ……….terima kasih banyak-banyak kerana memberi tips yang berguna untuk seorang pelajar macam saya dan ramai lagi di luar sana.saya harap akan ada artikel yand lebih menjurus kepada arah pelajaran

  3. Malik

    payah juga kalau ada jadual, dah macam orang jepun pula. tapi bila difikir balik elok juga semua benda yang dirancang berjalan lancar.

Leave a Reply