Kuasa Guru Di Kembalikan

Itulah tajuk akhbar berita harian yang bertarikh 30/07/2007. Aku sebagai seorang guru gembira dengan berita ini. Bukan gembira kerana bebas memarahi dan menghukum murid, tetapi guru akan mendapat hak untuk melaksanakan hukuman dalam mendidik anak bangsa.

Murid-murid sekarang ni terlalu manja, langsung tidak boleh dimarahi. Ibu bapa pula hanya mengiyakan apa jua yang dikatakan oleh anak. Padanya semua yang dicakap oleh anak betul.

Jika anda perasan pernahkah anda mendengar berita daripada sekolah Cina yang mempersoalkan denda yang dibuat oleh guru? Aku rasa tiada. Hanya daripada sekolah Melayu pekara ini dipersoal. Orang Melayu ni mengada-ngada dan suka memanjakan anak sebab inilah berbagai persoalan timbul.

Kenakalan anaknya yang sebenar tidak diketahui dan mengangap anak sentiasa baik. Teringat aku dulu, jika didenda oleh cikgu mampus tidak akan beritahu kepada mak atau ayah. Jika beritahu lagi sakit la aku jawabnya.

Tetapi kini sebaliknya, ibu bapa akan terus memarahi guru jika anak mereka didenda dan dimarahi. Guru juga adalah manusia, ada akal fikiran dan boleh berfikir dengan waras. Guru-guru tidak akan mendenda atau memarahi murid-murid dengan tidak tentu pasal jika tiada apa-apa kesalahan.

Hukuman adalah perlu dalam mendidik contohnya, merotan. Di dalam islam pun menyuruh kita merotan dalam mendidik anak-anak. Memang mengajar memerlukan paksaan. Kita pikirkan balik diri kita sendiri semasa kecil. Bukan ke kita malas hendak ke sekolah? Tetapi kerana ibu bapa kita yang memaksa kita supaya kita pergi ke sekolah. Kita akan dihukum jika tidak mahu ke sekolah.

Niat guru adalah baik iaitu hendak mendidik. Jadi kepada masyarakat janganlah menyalahkan guru-guru dengan mengatakan guru tidak bertimbang rasa, dan suka mendera.

Semua yang dilakukan oleh guru adalah kerana ingin melihat anak bangsa berjaya dan terus maju. Kepada ibu bapa bersamalah membantu untuk memastikan anak anda berjaya di dalam pelajaran.

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Close
E-mail It