Pesta Tag Merdeka

Aku sudah kena, bukan kena nombor ekor. Tapi kena tag oleh Zam tag pesta merdeka yang dimulakan oleh en.aku. ‘Enaku’ aku persalahkan hang sebab hang yang memulakannya. :)

Aku memang sudah menulis satu post khas untuk merdeka, tetapi tidak siap sepenuhnya lagi. Oleh itu, aku mengolah kembali apa yang aku tulis supaya sesuai dengan tajuk “kenapa aku berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia?”. Inilah tajuk yang disyaratkan kepada sesiapa di tag.

Tinggal hanya beberapa hari saja lagi untuk kita menyambut kemerdekaan kali yang ke 50. Aku sebagai rakyat Malaysia yang telah hidup 25 tahun dalam Negara bertuah ini, merasakan sungguh bangga dan bersyukur kerana dapat hidup dengan aman dan damai.

Sebut saja nama Malaysia di kalangan Negara maju di dunia Negara kita dikenali dengan kepesatan pembangunannya. Jadi Negara kita adalah sebuah Negara yang dikenali. Sebagai rakyat sapa yang tidak bangga jika negaranya dikenali? Jika tidak bangga anda perlu jumpa pakar sakit jiwa. Hehe

Cuba anda bayangkan jika kini kita masih tidak merdeka dan tiada perkembangan dan kemajuan dalam kehidupan kita, Masih ditahap sebelum merdeka hendak memiliki sebuah basikal pun susah. Malah hendak makan pun susah. Mahukah anda begini? Tidak bukan. Jadi dengan merdekanya Negara kita ia telah membawa perubahan kepada Negara kita dengan adanya system pemerintahan sendiri sehingga membawa kemajuan yang kita rasai sehingga kini.

Di tanah merdeka Malaysia ini, dikurniakan Allah dengan pelbagai rezeki kepada rakyatnya. Tiada sesiapa yang akan mati kebuluran jika tinggal di Malaysia dengan syarat “RAJIN BERUSAHA”. Rakyat Negara luar iaitu pendatang asing pun turut rasa bersyukur kerana dapat menumpang mencari sumber rezeki.

Jadi dengan kemajuan, rezeki yang murah, kedamaian dan kemakmuran yang ada di bumi bertuah Malaysia ini aku sungguh bangga dan bersyukur dilahirkan sebagai anak Malaysia.

Kepada semua rakyat Malaysia “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 50”

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Aku dengan rasminya mengetag 5 blogger untuk pesta tag merdeka ini.

Peraturannya yang telah ditetapkan sebagai syarat penyertaan Pesta Tag Merdeka 50 :

1) Anda perlu tag 5 orang bloggers yang berkenan di hati

2) Pastikan terlebih panjang sedikit akan posting yang hendak dibuat.

Diminta untuk menghuraikan “kenapa aku berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia?”

Mari kita lihat siapa yang kena:- :)

1. Maizul
2. Affuan
3. Abdfatah
4. Mysticmind ( Zam mana ko menghilang)
5. Aman

RSS feed | Trackback URI

5 Comments »

Comment by Maizul
2007-08-28 15:53:34

Aik di sini pun kena tag gak. Yang ni dah masuk tag ke 3 ni. Yang 2 tag lagi yang dimulakan oleh shuth (telah di tag oleh sham rajaadsense) & labanon (telah di tag oleh Afzai Afandi) pun sempat buat lagi. 2 produk baru yang bakal muncul di pasaran pun lum sempat di review lagi. Wa berlambak keje ni.

Insyallah kalau sempat saya buat nanti.

 
Comment by abdfatah
2007-08-28 16:11:58

hamboih mak… patutlah masuk website aje dalam komen… rupa2nya kena tag… adesh… inipun dah kali ketiga… wuahahahaha…. macam mana yer???

 
2007-08-29 06:40:11

[...] Mesra alam sungguh korang nih. Korang berjaya membizikan aku. Sekali kena tag lagi da.. Aku menyerah kalah! Kali nih aku nak tag orang lain plak. Huhuh! Saper yang berani tag aku? Aku [...]

 
2007-09-02 05:58:48

[...] hari merdeka ini boleh la balas tag kawan-kawan. Tag yang sama dari saudara Afzai Afandi, Sharizal Shafei iaitu “Kenapa aku berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia?” “Terlebih dahulu saya [...]

 
2007-09-06 14:00:40

[...] Nih Rizal gatal-gatal tag aku kat sini la plak… http://www.sharizalshafei.com/2007/08/28/pesta-tag-merdeka/ [...]

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Close
E-mail It