Dah nak bersawang blog aku ini kerana tidak dimuatkan dengan entri-entri terbaru. Semua ini gara-gara kerana masalah talian streamyx. Selepas pulih talian kembali meragam dalam 3 hari dan ini menyebabkan mood untuk menulis langsung hilang.
Sekarang juga aku sedikit sibuk untuk memindahkan semua web yang dihoskan di hosting lama kerana telah tamat tempoh. Penat hendak memindahkan web ke hosting baru, banyak kerja yang perlu dilakukan dan backup semua fail-fail yang penting.
Setakat ini aku berpuas hati dengan hosting baru yang dibeli daripada hostmonster walau pertama kali terasa sedikit hairan kerana terdapat fail ‘php.ini’ dan ‘fast.php’ di dalam setiap ‘root folder’ untuk domain. Di dalam hosting sebelum ini, aku tidak pernah terjumpa fail-fail tersebut dan ini telah memaksa aku mempelajari apa fungsi-fungsi sebenar fail ‘php.ini dan ‘fast.php.
Banyak kelebihan yang ada di dalam ‘php.ini’ kerana semua boleh dikawal di dalamnya. Contoh seperti menentukan status hosting kita disetkan dan berfungsi mengikut kehendak kita tanpa perlu menghubungi support hosting yang kita sewa. Apa pun jika tidak tahu melakukannya, aku akan menghubungi support hosting tersebut.
Mesti ada yang tertanya-tanya mengapa tajuk entri adalah ‘Tiada Tajuk’ :), Sebabnya, aku sendiri tidak tahu hendak judulkan tajuk apa. Haha
Share This
This entry was posted
on Monday, September 24th, 2007 at 4:55 pm and is filed under Umum, Web Hosting.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
Salam Sharizal, Saya pun diipoh selalu gak ada gngguan streamyx nie, kekadang fedup jugak, sy pun bru memindahkan blog dan web sy di hosting baru, kali nie ambik fungsi addon domain, senang semua domain guna 1 hosting. Slamt menyambut hari raya maaf zahir batin..
w’salam, memang selalu ada gangguan amir. runsing rasa sebab gangu kerja kita. memang kena cari alternatif lain juga. mujur di sini ada cyber cafe yang guna maxis jadi kurang-kurang boleh pergi ke situ. Cuma lembab pulak masalahnya.