Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kad Raya
Pejam celik, pejam celik dah dekat hendak raya kita. Masa sungguh cepat berlalu. Pada bulan puasa ini aku tidak banyak dapat memasukan blog ini dengan entri-entri terbaru.

Aku di akhir-akhir bulan Ramadan diserang demam selsema. Demam yang paling aku tidak suka kerana ia akan menyerang berapa kali. Pagi badan sihat tetapi apabila masuk ke malam badan akan menjadi panas. Alhamdulilah demam dah baik, Cuma ada selsema lagi dan batuk.

Pada hari selasa hari lepas aku ke Kedah atas sedikit urusan, terlihat ramai orang menjual air nira di tepi jalan. Keinginan untuk merasai keenakkan air nira menyebabkan aku menekan brek untuk menghentikan kereta dan membeli dua bungkus untuk dijadikan minuman berbuka dalam perjalanan pulang ke Perak.

Aku sebenarnya tidak tahu bagaimana rasa sebenar air nira kerana sebelum ini tidak pernah minum pun. Jadi tepat waktu berbuka di kawasan rehat Juru tercatat satu sejarah dalam hidupku bersama teman rapat aku yang sangat rapat, iaitu pertama kali merasai air nira. Rasanya manis dan bercampur seakan-akan air kelapa dan yang pentingnya aku suka.

Sepanjang memandu kereta memang menjadi pemandu yang mematuhi peraturan had laju iaitu memandu tidak melebihi 110km/jam. Tetapi kadang-kadang aku gatal kaki menekan minyak lebih sedikit. Hehe.. Sepanjang jalan polis dan JPJ menjalankan tugas mereka dan menyaman sesiapa yang di dapati memandu lebih had laju yang di tetapkan. Kepada sesiapa yang memandu balik ke kampung. Pandulah dengan cermat dan patuhi had laju atau bayar la saman jika tidak ikut peraturan.

Di sini aku hendak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Pandu cermat semasa pulang ke kampung semoga anda selamat sampai dan gembira di Hari Raya ini. Datanglah rumah raya. :)

RSS feed | Trackback URI

6 Comments »

Comment by Amir Hakimi
2007-10-11 16:12:19

Selamt hari raya rizal, nak tya sikit, mike perak kat mana?

 
Comment by Rizal
2007-10-11 17:55:57

Selamat hari raya.. Teman kat Kuala Kangsar..

 
Comment by aku
2007-10-17 04:01:40

selamat hari raya, maaf zahir dan batin

Comment by Sharizal
2007-10-17 15:37:52

Selamat Hari Raya.. Maaf zahir dan batin

 
 
Comment by pakdi
2007-10-17 15:31:29

salam lebaran :)

Comment by Sharizal
2007-10-17 15:38:20

Salam Lebaran Pakdi.. :)

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Close
E-mail It