Rich Dad Poor Dad
Semua orang bercita-cita ingin menjadi kaya dan berjaya dalam dunia ini. Walau seorang itu kata aku tidak kisah kalau tidak ada duit. Itu menipu namanya, kerana dia akan berkerja dalam kehidupannya untuk mencari duit.
Ya memang duit itu bukan segalanya, tetapi duit itu perlu dalam kehidupan ini. Tanpa duit diri kita susah dan menyebabkan pelbagai masalah kepada kita. Hendak kencing pun sekarang kena duit. Apa tah lagi untuk makan.
Hari raya ini aku tidak banyak berjalan ke mana-mana sekadar rumah saudara terdekat dan rakan-rakan. Aku pun tinggal dengan keluarga jadi tidak la menghadapi masalah balik kampung kerana aku duduk di kampung dan berkerja dekat dengan rumah.
Pada minggu akhir bulan puasa hari itu semasa pergi shopping untuk pakaian raya sempat aku pergi ke kedai buku membeli buku Rich Dad Poor Dad. Mulanya ingin melihat jika ada versi Bahasa Melayu tetapi tiada jadi aku pun membeli versi Bahasa Inggeris. Pada hari raya ke dua aku tidak ke mana-mana sebelah petang di sebabkan hujan lebat jadi aku menghabiskan pembacaan buku ini.
Terlalu banyak yang aku pelajari daripada buku ini, dan semua pada aku hendak jadi kaya itu adalah mudah jika anda tahu bagaimana caranya. Apa yang diterangkan dalam buku ini ialah bagaimana hendak menjadi kaya. Keterangan adalah lengkap serta dengan mudah anda boleh fahami, oleh itu anda harus membacanya untuk mengetahui isinya.
Untuk menjadi kaya anda perlu duit berkerja untuk anda dan bukan anda berkerja untuk duit. Anda perlu melaburkan duit untuk aset yang boleh mendatangkan pendapatan dan bukan kepada liabiliti yang akan hanya memakan duit kita setiap bulan sehingga kering poket.
Jika anda ingin menjadi kaya beli la buku ini dan baca kemudian praktikkan. Aku pun bukan kaya lagi. InsyaAllah akan kaya.. Hoho2
Melalui apa ilmu yang terkandung di dalam buku Rich Dad Poor Dad menyedarkan aku terhadap kesilapan pengurusan kewangan aku dan memberi aku jalan bagaimana aku dapat menambah pendapatan dan seterusnya menjadi kaya.
Beli dan baca buku ini sangat-sangat aku rekemenkan. Di amazon.com paling murah leh beli buku Rich Dad Poor Dad.

Bagus buku ni. Adik aku pun pinjam aku punya buku. Lagi bagus kalau dapat main permainan cashflow. boleh rujuk kat bicarajutawan.com/forum
Memang bagus dan semua orang patut baca.
Hehe.. Tu tunjuk buku ke tunjuk laptop Acer dalam gambor tu..
Saya ada 2 siri buku ni..