
Alhamdulilah blog aku telah mendapat page rank 3. Ini adalah merupakan page rank update yang kedua ditempuhi oleh domain sharizalshafei.com. Memang sudah di jangkakan blog aku akan mendapat pr 3.
Teringat semasa awal melibatkan diri di dalam dunia web terasa ingin mendapatkan page rank adalah begitu sukar tetapi kini dengan dengan pengetahuan yang dipelajari aku rasakan begitu mudah untuk mendapatkan page rank.
Selepas membaca buku Rich Dad Poor Dad, seperti apa yang diceritakan pada post yang lepas. Aku telah membuat satu keputusan membeli satu aset yang akan memberikan pulangan dan membuat duit untuk aku. Aku telah membeli sebuah backhoe. Semalam telah selamat sampai ketangan aku beckhoe tersebut dan hari ini telah memulakan kerja yang pertama.
Buku Rich Dad Poor Dad adalah pemberi motivasi kepada aku untuk memberanikan diri membeli beckhoe, lagi pun aku memang mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Kira aku ni Cikgu serba boleh. Hehe. Bukan aku yang bawa beckhoe tersebut, ia diserahkan kepada pekerja. Aku tetap seperti biasa yang berkerja sebagai Cikgu tetapi dengan menanam harapan hendak retire young,
. InsyaAllah..
This entry was posted
on Wednesday, October 31st, 2007 at 10:13 am and is filed under Kenangan, Umum.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
bro, kena monitor jugak.
1- pastikan pekerja jaga dengan elok
2- pastikan pekerja tak guna untuk diri sendiri(buat keje lebih, kita tak dapat duit)
ingat, kiyosaki ‘memudahkan’ kita supaya kita take action. hal-hal remeh dia tak cite, itu kena pandai sendiri.
1. Pekerja memang kena jaga. Dan kena cari pekerja yang jaga beho macam dia punya. Pekerja yang berkerja ni pun kerja dengan ayah aku dulu.
2. Semua hal tempat nak kerja dan sewa aku jumpa sendiri penyewa tu jadi masalah ni dapat diselesaikan.
kiyosaki memang hanya memudahkan dan pekara remeh2 dia tidak cerita jadi kita perlu faham sendiri. Aku pilih beho ni pun sebab memang pengalaman dalam bidang ni. Aku nak bawak sendiri pun leh.
tetapi tak boleh la sebab ada kerja.
Apa-apa pun thanks bagi nasihat.
Assalamualaikum,
Tahniah saya ucapkan pasai berani keluar dari kotak.
Pasai PR 3 ni pulak..google nih kalau yang banyak info berguna tuhh dia bagi PR lebih lahh.Kira baguih dari laman web saya nih.Laman web saya pulak, PR tak naik – naik, dok PR 2 je memanjang…
Teruskan usaha untuk keluar dari kotak dan selamat majujaya.
Sekian terima kasih
W’salam
Terima kasih zam,
PR nih tak menentukan web kita bagus ke tidak info dia zam, ia dinilai berdasarkan backlink ke website kita.
Dia camni lau kita dapat backlink daripada website yang tinggi prnya daripada web kita jadi web kita pun akan turut mendapat pr. ( pengaruh daripada backlink tadi)
Contoh kita dapat 10 backlink daripada pr 4, web kita kemungkinan akan dapat pr 3 atau 2. Jadi untuk dapat lebih tinggi pr kena dapatkan backlink daripada pr yang tinggi.
caya la bro… PR3 and a Backhoe.. both are good. You can move a mountain if yoou are willing…. and Action is stronger than words. Now you already take the action good for you. Congratulation.
Thanks Ronn!
Oh.. blog aku yang PR4 tuh dah menyumbang untuk ko.. hehe :p
(ceh.. site besar aku sendiri kalah ngan pr blog personal aku).
Anyway, dari borak2 kat gmail, dah pun jadi kenyataan.. tahniah.. bangga aku kenal orang cam ko. Stidak2nya ko tak jadi macam mamat2 gov lain yang sengal :
“Gaji gov servant naik, dia pi tolak kete lama, trade in kete baru. Dari 10 orang gomen, 7 darinya buat camtuh”. Tak percaya? percaya lah!..
Tapi ko tak tolak ape2.. amik beho jer.. huhuhu..
Ingat tau!.. tayar belakang tuh, sebijik RM3K. Sebatang hidraulic arm tuh RM1.8K. (lama dah tak bawak menatang nih)..
Kalu dapat by motnh punya kontrek lagi masyuk.. dalam kuari ke.. dalam site2 besor ke..
Gud luck!
Ala zam sal pr nih ko pn tahu.. hehe
Apa yang ko ckp tu betul zam.. Memang diorg tukar kete dan berbelanja. Diorg ni bukan sengal tp tak nampak caranya je. hehe
Tayar tu gua leh dapat 900 je la sebelah..
baru punya. Keje banyak ada. dapat tempat pasir lagi bagus daripada kuari sebab kuari biasanya beho ni cepat rosak.
oh.. 900.. tah ler.. kawan aku dulu tuh cakap.. tak tahu la 2 biji atau sebelah2 jer..
tapi mmg untuk ko duk perak.
sebab ipoh adalah bapak segala tempat untuk heavy machinery sparepart dan sewaktunya..
Diorang mmg sengal laa.. kalau ko tegur pun.. contoh:
“Ko jangan la buang duit beli kete baru semata2 gaji ko naik sikit”..
Ko agak2 sendiri la apa diorang jawab.. :p
Betul la kawan ko cakap tu sebab dia ikut jenis tayar dia. Mungkin dia pakai case G rasanya aku case C je. (walau pakai besar mana pun sewa sama
)
Ko pun sendiri tau apa akan diorang..
Weh.. Besinar-sinar beho tu.. Buat ler kad biz.. hehe..
Mana tau kot2 saya nak kerjakan tanah kat ulu piol tu..
Leh je..
Bagus jugak beli backhoe ni ye sekurang2 ada masuk jugak. Kalau aku tak reti nak guna backhoe ni.
Jangan la kita guna cikgu. Bagi orang la guna..
tengah nak menambah bilangan backhoe.usya jap sapa2 nak juai..case G,K, super K..JCB 3cx pun x pa..urgent.nak pajak pun tak pa..paksu tak kesah.tlg sat.
saya ada dua blog masing masing pageranknya3,tapi isinya cuman foto telepon aja,,heheh,,lucu,,gak pernah update tuh..kok bisa..lucu…malah blogku yang satu ini matimatian update..prnya cuman satu…lucu..
untuk di sewa ke backhoe tuh???
ye untuk sewa.. nak sewa ke?
Boleh share x mcmana nk beli backhoe. Saya dan kawan2 berminat untuk memulakan bisnes tu.
maner no contact tuam saya nak sewa back hoe…area puncak alam boleh ker….clear tanah…2-3 hari ajer
Maaf la saya.. Perkhidmatan saya di daerah Kuala Kangsar sahaja.
elo bro…berape ek ko beli 580c tu?
BRO… berape gaji seseorang pekerja case backhoe?
Ikut pengalaman driver.. Jika expert semua boleh 100 sehari..
Salam satu Malaysia…Ada tak driver backhoe berpengalaman yang nak kerja….i tengah cari driver back hoe…kalau ada tolong email saya ravinther_2005@hotmail.com. Sehari i bayar rm100 kalau berpengalaman dan rm80 yang kurang berpengalaman area sungai petani kedah. Rakan sekalian tolonglah carikan saya satu driver. Salam satu malaysia.
sy brpengalaman 15 tahun drive backhoe kat Muar,Johor.Kat sini dh paling kurang case 580k baru ada pasaran.Kalau pakai case C,G,E, memang parking je lah….,orang x nk sewa.Sewa RM380 sehari,gaji driver RM100.Persaingan kuat…,kat bandar muar je ada lebih kurang 100 buah backhoe…..case 580 super N dh ada 3 buah org pakai….,
Setiap kawasan lain seleranya bro. Di kedah contohnya mereka suka F dan G. Driver nih susah nak cari yang betul-betul jaga beckhoe asyik hentam je. Kopak tauke bila rosak.