Tragedi

Perancangan asal pada hari ini aku ingin memohon cuti. Pada minggu lepas aku telah memberitahu rakan setugas untuk cuti hari isnin. Tetapi atas sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan memaksa diri aku untuk pergi ke sekolah pada hari ini.

Lebih kurang 4 kilometer dari rumah dalam perjalanan ke tempat kerja satu kemalangan telah berlaku. Kemalangan itu melibatkan aku. Kereta gagal dikawal setelah aku membrek dan kereta membuang kerana terdapat banyak batu tar di jalan. Kereta berpusing beberapa kali ala gaya stunt seperti ditonton di televisyen.

Setelah berpusing, bahagian kiri kereta menghentam binaan di tepi jalan menyebab cermin hadapan pecah, kaca-kaca terbang ke muka nasib baik sempat pejam mata. Jika tidak buta mata aku ini. Bahagian hadapan juga mengalami kerosakan, bumper depan juga rosak. Nasib baik enjin elok lagi.

Kereta ditunda ke balai traffic untuk melaporkan kemalangan dan pihak polis menangkap gambar kereta. Setelah selesai di balai kereta dibawa ke bengkel. Pehh.. nilai kerosakan ialah RM5300.00. Kereta aku jenis insurance third party, jadi nilai untuk baiki aku perlu tanggung sendiri. Pikir punya pikir aku bayar la deposit 2k kepada bengkel untuk baiki. (jika ada sapa nak menderma boleh gak).

Untuk makluman semua, akibat batu yang banyak di atas jalan adalah kerana disebabkan oleh lori yang membawa muatan lebih. Kereta aku adalah yang kelima kemalangan di situ pada waktu malam tadi terdapat empat buah yang telah kemalangan.

Setakat ini JKR tidak mengambil tindakan untuk membersihkan jalan, walau ini dah yang ke lima. Sebagai ganti rugi aku hendak saman JKR kurang-kurang boleh cover duit baiki kereta. Biar lambat tidak mengapa janji aku nak saman.

Tempat kejadian. gambar kereta esok aku masukan.

kemalangan

kemalangan

Keadaan kereta
kemalangan

kemalangan

kemalangan

RSS feed | Trackback URI

11 Comments »

Comment by Fai
2007-11-12 12:28:10

Nampak teruk tu.. Nasib baik pemandu xapa-apa..

Duit byk hbis xkisah sangat.. Tambah-tambah le pemandunya seorang yang mmg terrer cari duit.. Nyawa tu penting..

Kereta siap biler? Kena buat projek segera le.. Tp saman tetap saman.. Jangan tangguh2 :)

PS: Saya paling takut jln tnjung belanja ke simpang 3 tu.. huhu.. ngeri..

Comment by sharizal
2007-11-12 13:52:30

Saya luka skit je di siku terkena sepihan kaca. Alhamdulilah len tiada apa-apa.

Huhu patah kaki 3 minggu. Memang nak saman mana tau jika boleh dapat leh la cover kos baiki kete.

 
 
Comment by Mysticmind
2007-11-14 04:53:03

Alhamdulillah.
Sekurang-kurangnya kawan aku nih sihat dan tak cedera.
Kereta bleh cari lain..

Saman! jangan tak saman!.. 1 juta terus maa… haiyaa..

Comment by sharizal
2007-11-14 14:45:24

Alhamdulilah selamat.. Tuhan melindungi aku..
Dalam proses saman tu..

 
 
Comment by Maizul
2007-11-14 13:05:44

Alhamdulillah nasib baik ko takde apa2 sharizal. Kereta rosak boleh baik… Bahaya jugak batu2 kecil kata kat jalan tu… rasanya ramai lagi yang nak jadi magsa…. saman je…

Comment by sharizal
2007-11-14 14:46:28

A’a kereta rosak boleh dibaki badan kita lambat pulih.. Memang bahaya batu-batu tu..

 
 
Comment by mrozaidi
2007-11-15 05:41:08

Malang tidak berbau..kita kena bersabar dan membuat pekara ini menjadi pengajaran..

 
Comment by aku
2007-11-28 04:31:47

saman.. memang patut saman. tapi pastikan bleh kawtim ngan lawyer pasal fee guaman :)

aku pun baru ni kemalangan sket2.. tertido masa bawak keta di highway..

 
Comment by Rizal
2007-11-28 05:16:24

Bahaya tertido masa memandu. Aku kalau drive tengah hari di highway memang mengantuk.

Wordpress 2.3.1 ni banyak ragam la plak. Ada setengah plugin tak boleh guna begitu juga dengan theme. Rasanya ni dah ok dah buang plugin yang tak boleh.

 
Comment by aku
2007-11-28 06:28:04

hehe.. memang bahaya pun, pk2 balik, bleh arwah dah. syukurlah ALLAH pelihara, langgar penghadang jalan terus terjaga… terbang RM830.. waa.. dah la baru nikah ;( takpe la.. redha dengan ketentuanNYA.

Comment by Rizal
2007-11-29 12:56:35

Alhamdulilah la hang tak pa2. Baru nikah.. Tahniah la.. :)

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Close
E-mail It