Berita Semasa
Lama blog aku tidak diupdate kerana sibuk menguruskan kerja-kerja yang penting. Sekarang walaupun cuti tetap sibuk dengan kerja, tetapi bukanlah kerja yang membabitkan dengan sekolah.
Kereta mungkin siap pada minggu ini. Sudah masuk tiga minggu aku meminjam kereta orang. Terima kasih kepada Kak Liza yang merupakan peniaga kantin sekolah aku dengan bermurah hati memberi kereta untuk dipinjamkan, Tak lupa juga kepada Abang Man suami Kak Liza tuan punya kereta.
Blog ini telah dipindahkan ke hosting baru. Memindahkan blog kali ini membuatkan aku pening kepala kerana terdapat banyak error. Worpress 2.3.1 memang memeningkan, terdapat plugin-plugin yang tidak serasi dengan wordpress 2.3.1 begitu juga dengan theme.
Terdapat dua berita yang sedih, pertama guru besar ditukar ke sekolah lain. Kedua rakan setugas aku yang rapat juga ditukar bertugas ke sekolah lain. Tahun depan merupakan tahun yang membosankan di sekolah. Kehilangan rakan sekerja aku ini banyak memberi kesan kepada kerja aku. Sekolah kecil jadi cikgu adalah tidak ramai, cikgu lelaki ada beberapa kerat je. Kerja aku akan bertambah kerana kehilangan seorang tenaga kerja.
Kepada sesiapa yang ingin bertukar link bahagian tukar link telah aku betulkan. Terima kasih kepada yang menghantar email memberitahu bahagian tukar link tidak berfungsi.

No comments yet.