Angkara JuztReboot
Kesibukan dengan mood yang terganggu untuk menulis menyebabkan blog ini telah berhabuk. Sebenarnya bukan kerana kesibukan merosakkan mood aku untuk menulis tetapi angkara software yang bernama si Juztreboot.
Akibat tergatal tangan hendak mencuba aku pun terus klik dan install. Selepas install software ini menjalankan tugasnya dan seperti ada banyak masalah aku pun mengambil keputusan cuba membuang software ini.
Ah.. Celaka! Benda ini tidak boleh dibuang kerana ada password. Aku call kawan yang mula-mula kenalkan aku kepada software ini. Si Miji.. Aku meminta password dan unistall.
Apabila restart satu benda yang amat aku takutkan telah berlaku. Arghhh! Pc tidak boleh dibuka. Penyataan yang keluar menyatakan PC aku kosong. Termenung aku!
Menarik nafas panjang, segala harta benda aku di dalam pc hilang. Benda-benda yang aku kumpul, segalanya bersih. Nasib baik pekara-pekara penting ada disimpan di dalam pen drive dan notebook.
Setelah mood ada aku mula format kembali pc, Windows XP versi lanun. Yang dibeli semasa lowyat masih meriah dengan lanun-lanun. Kini lanun-lanun memang dah tiada di lowyat sebab semua dah kena tembak. Hehe

software tu utk apa?
Software tu untuk backup computer. Tp dia buat pc lingkup pulak.
huhuhu padan muko mu heheheh
Natang mu g.. Byk bendo aku hilang bengong!
main format cam tu je ke?? takde error kluar??