Penipu
Zaman sekarang manusia akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan duit. Berani melakukan segalanya untuk duit. Manusia ini rambut sahaja sama hitam tetapi hati lain-lain.
Semalam rumah aku merima panggilan telefon. Panggilan tersebut untuk ayah aku. Seorang daripada syarikat dari pengguna katanya. Aku pun tidak pasti nama syarikatnya kerana ayah aku tidak menerangkan lebih lanjut. Ayah aku meminta aku menjawab panggillan ini dengan lebih lanjut.
Orang ini memberitahu ayah aku menang 20k dan mereka memperolehi nama daripada kad warranty daripada barangan Singer dan Senheng. Pelbagai soalan aku tanyakan dan akhirnya dia meminta aku memberikan salinan kad pengenalan, gambar dan salinan buku akaun bank.
Aku memberitahu ayah aku tidak pernah membeli barang daripada senheng dan Singer dan ini membuatkan dia terdiam untuk berfikir bagi menjawab soalan tersebut. Aku juga bertanya bagaimanakah ejaan nama ayah aku padanya.
Dia pun memberikan ejaan nama ayah aku, dan aku terus berkata encik jangan cuba hendak bohong, betul tak nama ini encik ambil daripada buku panduan telefon kerana ejaan nama ayah saya tidak akan salah sekiranya benar encik ambil daripada warranty kad. Dia cakap makna saya salah orang la ni jika nama salah. Dia cuba mencari alasan.
Akhirnya, aku tanyakan lagi betul tak encik ambil daripada buku panduan telefon? Ejaan nama ayah saya ini sama seperti di dalam buku panduan telefon. Cuba cakap betul-betul. TAP! Perbualan terputus kerana dia meletakan telefon. Dan aku dengan puas ketawa.. Haha padan muka.. terkena ko!.
Kepada semua berwaspadalah kepada penipu-penipu supaya anda tidak tertipu.

huwaa.. bagusnye kalau syia dah lame gabra nak tanya2 soal die
Kena tanya Syia.. Jangan biar kita tertipu.. Kalau benda tu kita rasa mengarut kena siasat betul-betul
Sekarang ni macam2 cara diorang guna untuk menipu… janji boleh dapat duit…. senang-senang je nak bagi orang hadiah…. dapat ini lah dapat itu lah…. untuk di jadikan umpan… kih kih padan muka orang yang nak menipu tu… ingat senang2 je di nak kelentong ko sharizal.
Memang kena berhati-hati.. Senang-senang je dia kata dapat duit. Bank nak bagi pinjam duit pun kena proses macam2. Baru dapat.
huh.. lama tak masuk sini.. memang best aa ko bantai dia tu… huhu
hehehe