Pilihan Raya! Kita Lihat Sapa Yang Kena.
Parlimen dah bubar bermakna Pilihan Raya datang lagi. Mail pun dah menanyakan ‘Siapa layak tadbir Malaysia?’ Kita tunggu keputusannya nanti. Post aku di sini tidak mahu memihak kepada parti politik mana-mana hanya ingin berkongsi idea kepada pembaca.
Rakyat diberi kuasa untuk menentukan siapa yang layak mentadbir Malaysia, jadi anda sebagai rakyat laksanakan tugas ini. Tugas mentadbir sebuah negara bukanlah satu tugas yang mudah. Tiada apa yang mudah sebenarnya dalam dunia ini. Boleh tunjukan apa benda yang mudah dalam dunia ini? Aku hendak tahu jawapannya.
Setiap pekara yang dilakukan pasti ada pro dan kontranya. Inilah warna kehidupan, ada yang baik dan ada yang buruk. Begitu juga dalam perjalanan pimpinan sebuah negara. Sebagai rakyat yang waras dan tahu berfikir anda ada hak dan kuasa menentukan.
Bagi aku, aku hendak hidup dalam kestabilan daripada semua aspek. Dan aku hendak semua orang juga begitu bukan aku sendiri. Dan kepada bangsa aku jangan la kau jadi pemalas kerana pemalas itu musuh yang sebenarnya tetapi menyalahkan orang lain.
“Siapa pun mentadbir jika malas dalam apa pun lagi-lagi untuk mengubah nasib diri tetap juga begitu nasib diri”


percaya atau tidak.. syia malas nak pergi mengundi.. malas nak pikir sape yang tadbir.. terukkan?
Pecaya.
sebab keliru oleh itu langsung jadi malas nak pikir..
Takbirrrr.
Hehe.. weh nak kawin ajak aku!