Bla Bla Bla!
Lama aku tidak memuatkan post ke blog ini. Sampai nak mencipta tajuk pun dah tidak tahu apa hendak diletak. Jadi aku tidak mahu sakitkan kepala dengan hanya untuk memikirkan tajuk.
Hari ni tarikh keramat, kerana ini pertama kali mengundi. Ya pertama kali. Parti apa yang aku undi pentingkah untuk anda ketahui? Hendak tahu? Biarlah aku sendiri yang tahu. :P Tetapi ada satu yang patut anda tahu. Aku suka dengan keputusan undi yang aku dengar setakat tengah malam ini!
Ada satu pekara yang aku tidak faham dengan budak yang menjerit bagai hendak gila menyokong parti, tidak kira la parti mana. Padahal dia tidak mengundi pun. Apa kejadahnya ini! Tidak ada apa pun makna sokongan mereka yang hanya tahu bersorak.
Jadi kepada sesiapa yang telah boleh mengundi tetapi masih tidak mendaftar sebagai pengundi sila daftarkan diri anda dan tunggu 4 tahun lagi untuk mengundi!

No comments yet.