Membeli Secara online

Siapa yang tidak pernah membeli secara online (internet)? Rata-rata aku rasa sesiapa yang selalu menggunakan internet, mempunyai kad kredit dan mememiliki akaun internet banking mesti pernah membeli secara online di internet.

Membeli secara online merupakan pekara biasa bagi aku dan semua bil-bil juga aku bayar secara online. Aku pun memang tidak suka beratur menanti giliran untuk membayar bil.

Pada minggu lepas aku membeli tiket bas secara online. Ini adalah kali pertama aku membeli tiket bas secara online. Sebelum ini aku tidak tahu pun rupanya ada syarikat bas menawarkan pembelian secara online. Syarikat terbabit ialah Maraliner.com. Aku menyemak jadual perjalanan dan tiket yang hendak dibeli masih ada. Jadi aku mendaftarkan nama di website ini. Setelah mendaftar di website ini, aku buka email tiada email menyatakan aku telah menjadi ahli. Biasanya bila mendaftar menjadi ahli (membership) akan ada satu email dihantar kepada kita. Aku pun mengandaikan mungkin sistem mereka lambat menghantar email tersebut.

Aku pun login ke panel ahli dan kelihatan semua ok. Tetapi ada satu aku tidak puas hati, di dalam panel ahli tiada gambar kunci di firefox yang menunjukkan kita berada di dalam website membership yang selamat. Kerana terdesak ingin membeli tiket dan takut tiket akan habis aku pun mula menyemak kembali perjalanan yang aku kehendaki. Masih ada, jadi aku pun membeli tiket tersebut. Ada dua cara pembayaran pertama internet banking dan kedua menggunakan kredit kad. Di page pembelian ada lambang kunci di firefox jadi ini membuatkan aku yakin untuk membeli. Aku menggunakan kredit kad, setelah klik butang pay kuarlah translation id, aku tidak sempat untuk copy kerana page tersebut terus refresh dan “blank page” yang keluar. Arghhh! celaka napa plak blank! pembayaran aku telah berjaya kerana keluar translation id.

Aku buka email tiada pulak menyatakan pembelian aku berjaya. Celaka! aku semak akaun ahli di website maraliner tiada juga penyataan pembelian aku berjaya. Bagi aku yang biasa membeli online memang aku sangat-sangat pasti pembelian aku tadi berjaya!. Aku call maraliner dan mereka mengatakan pembelian aku tadi tidak berjaya. Aku sangat pasti pembelian aku berjaya tetapi kerana maraliner kata pembelian aku tidak berjaya aku cuba kembali untuk membeli tiket.

Kali ini aku disable pop up blocker di firefox. Kerana takut kejadian sebelum ini berulang. Aku membeli tiket di nombor seat yang sama. Alhamdulilah pembelian kali ini berjaya dan ada penyatakan menyatakan pembelian berjaya di akaun maraliner. Tetapi yang aku tidak puas hati tiada email menyatakan pembelian aku berjaya atau invois untuk pembelian tersebut.

Selang beberapa hari aku menyemak penyata kad kredit aku. Celaka! aku kena cas dua kali oleh maraliner! apa sangkaan aku betul pembelian pertama aku berjaya. Akibatnya, kena cas dua kali aku.

klik untuk besarkan
kena cas dua kali

Aku hendak balik duit aku! Nanti aku post adakah maraliner akan bayar balik atau tidak duit tersebut.

4 thoughts on “Membeli Secara online

  1. arul

    tu kelemahan on-line. kalau internet slow. pasti ada masalah.
    tapi boleh ‘ claim ‘ balik duit kamu tu. bawa resit..

    insyaallah pasti boleh. yg penting kena cuba. jgn tak cuba plak..

Leave a Reply