Maraliner
Balik dari kerja tadi terus buka email, Maraliner membalas email aku. Mereka akan membayar balik wang aku dan meminta nombor telefon.
Salam En. Rizal.
berkenaan dengan pembelian tiket tersebut. pihak kami telah check dan
akan refund semula transaksi yang pertama tersebut.
jadi, pihak kami memerlukan no contact En Rizal agar pihak kami boleh
menghubungi encik..sekian.terima kasih.
Support Team maraliner
Lebih kurang 2 jam membalas email, aku sedang mesyuarat bagi perlawanan bola baling. Maraliner telefon dan meminta maklumat dan berkata akan kreditkan balik duit aku ke kad kredit. Syabas Maraliner di atas khidmat pelanggan anda! Dan pastinya, aku akan berurusan lagi dengan anda.

Assalamualaikum
w’salam.
Bagus la tu dapat balik duit. Apa2 pun satu pengalam baru ni membeli tiket secara online… Apa kata pasni Rizal ko beli tiket Air Asia pulak…;)
dah penah beli..
kool! seb baek dia pulang balek.. diaorg tahu ko ade blog kot.. *don’t mess with blogger.. atau satu dunia akan tahu..*
ha ha ha.. power to blogger!
Memang diaorg tahu sebab aku berikan link gambar akaun kredit kad yang aku snap tu. :)..