Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

Dua hari aku berkursus di Hillcity Hotel Ipoh, Aku benci pergi kursus! Pengakuan yang ikhlas daripada aku. Hehe
Kursus mengenai satu tajuk baru yang akan diterapkan dan disisipkan ke dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah tahun satu, iaitu Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ini wujud dengan kerjasama oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tajuk Keselamatan Jalan Raya akan dimasukan ke dalam sukatan Bahasa Melayu Tahun Satu. Ia perlu diajar kepada murid dengan peruntukan masa setengah jam seminggu. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada murid untuk
- memahami bahaya dan risiko yang terdapat di dalam persekitaran jalan raya,
- mempelajari dan menggunakan kemahiran keselamatan jalan raya untuk memastikan keselamatan diri sendiri dan orang lain,
- menjadi pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang, sabar dan bertimbang rasa.
Untuk maklumat lanjut anda boleh lihat di web PKJR
Selamat mengajar kepada guru Bahasa Melayu Tahun Satu.
Ada berita gembira untuk guru Bahasa Melayu Tahun Satu. Mulai tahun depan Program KIA 2M akan dikendalikan oleh guru pemulihan sepenuhnya. YAHOOO!

berhubung dengan isu keselamatan jalan raya di malaysia. apakah faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kes kemalangan jalan raya di malaysia. saya merasakan dalam memberi statistik kemalangan jalan raya 2 faktor yang perlu di ambil kira:
1. peningkatan jumlah kenderaan
2. peningkatan kes kemalangan
supaya data yang dikemukakan adalah tepat.
bagaimana naka dapat article dan journel berkaitan isu-isu keselamatan jalan raya di malaysia. berapa banyak kajian yang telah dibuat oleh cendikawan di IPT awam & swasta yang boleh di kongsi bersama.
tq
Opps! Aku tidak memberi apa-apa statik pun.
Saudara boleh rujuk di http://pkjr.org.my/ untuk maklumat lanjut. Sebenarnya telah banyak pihak membuat kajian terhadap pekara ini. Dan kerajaan telah menubuhkan satu jabatan khas bagi tujuan keselamatan jalan raya.