Salah Sapa? Bumbung dewan sekolah runtuh

sekolah


Ngeri aku tengok gambar bumbung dewan sekolah runtuh di muka depan Berita Mingguan, cuba anda bayangkan jika anda berada di situ. Pastinya akan mati jika dihempap oleh bumbung tersebut.

Kalau aku berkerja di sekolah tersebut pastinya aku akan menumbuk muka siapa kontraktor dan siapa jurutera JKR yang meluluskan projek ini. Terlalu bodoh jurutera yang meluluskannya. Dan dia berdosa kerana meluluskannya! Sebab ia berkaitan dengan nyawa. Cuba bayangkan jika ada murid-murid dan guru menjalankan aktiviti di dalam dewan ini. Maka tercatitlah satu sejarah murid dan guru mati dihempap bumbung.

Salah Siapa? Salah kontraktor dan jurutera yang bangang!
Ni alasan diberi oleh kontraktor:-

Sementara itu, kontraktor Syarikat Yusuf Yassin Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam pembinaan sekolah berkenaan, Hazian Hashim berkata, daripada siasatan awal pihaknya mendapati sistem kekuda sendi bangunan itu yang kerja pembinaannya diupah kepada pakar daripada syarikat lain tidak kukuh menyebabkan bumbung dewan berkenaan runtuh.

“Dewan ini sudah melepasi tempoh kecacatan selama dua tahun. Cuma masih ada lima tahun lagi jaminan rekaan bangunan,” katanya.

Cukup mudah alasan yang diberikan. Dengan mengatakan kekuda sendi yang menampung bahagian bumbung tidak kukuh!
berita penuh di BH

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Close
E-mail It