Blog Sana Sini
Sekarang boleh dikatakan semua orang di Malaysia telah mendengar perkataan BLOG. Heboh mengenai blog di saluran media di Negara kita seperti berita, surat khabar. Kuasa blog sebagai satu medium penyebaran maklumat telah diakui keberkesanannya.
Semua menteri-menteri sudah mula memiliki blog, Ini satu perkembangan yang baik kerana mereka akan dapat membaca apa kata rakyat. Melalui komen-komen yang diberikan.
Jika anda berhasrat ingin memiliki blog, anda boleh mendapatkan sebuah blog dalam beberapa minit sahaja. Banyak platform blog yang menawarkan perkhidmatan percuma untuk anda memiliki blog. Contoh yang popular seperti Blogger.com dan wordpress.org. Anda boleh membina sebanyak mana blog yang anda ingin.
Bagi yang ingin memiliki blog dengan menggunakan domain sendiri anda perlu membeli domain dan webhosting untuk menempatkan blog anda. Cara paling mudah untuk mengaktifkan blog di webhosting sendiri ialah dengan menggunakan Fantastico. Dalam beberapa minit sahaja blog anda akan siap dan bolehlah anda mula merepek di blog anda.
Membina blog adalah mudah, tetapi mengemaskini blog adalah sesuatu yang sukar. Ini apa yang terjadi kepada aku. Huhu Aku bukan malas hendak update tetapi banyak keja la. Minta maaf. Apa pun aku cuba untuk sentiasa update blog ini.



No comments yet.