Minyak Naik Ramai Runsing?

Kejutan ledakan harga minyak dunia menyebabkan banyak negara di dunia menaikkan harga minyak. Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah ini.

Apungan harga minyak negra mengikut pasaran global memberi kesan yang besar kepada rakyat yang berpendapatan rendah malah semua orang merasai kesannya. Lebih kasihan orang-orang kampung yang terdiri daripada orang Melayu. Mana tidaknya barang semua naik akibat minyak naik. Walau harga getah naik kuasa beli tetap akan kurang.

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi semua harga barang mahal? Hendak mogok suruh turunkan harga? Ia bukan satu langkah yang bijak. Cara yang terbaik ialah kita perlu tingkatan pendapatan kita dan uruskan perbelanjaan dengan baik.

Anda perlu berkerja lebih keras untuk meningkatkan pendapatan. Dengan cara ini sahaja kita boleh imbangkan kembali dengan kesan kenaikan harga.

Bagi yang makan gaji cubalah mencari pendapatan sampingan. Kini kerana telah membenarkan kakitangan awam memohon lesen untuk berniaga. Gunakan peluang ini sebaiknya. Jangan kita asyik jadi pembeli sahaja tetapi sekarang apa kata kita jadi penjual pula.

Bercucuk tanam adalah satu cara yang baik membolehkan anda berjimat. Tidak banyak sedikit. Apa salahnya sekurang-kurangnya menanam sepokok cili di dalam pasu. Menanam di dalam pasu amat sesuai bagai sesiapa yang tidak mempunyai kawasan untuk bercucuk tanam. Jangan peningkan kepala untuk mencari benih cili. Jika anda membeli cili kering ambil biji yang diasingkan dan ia boleh di jadikan benih.

Berkongsi kereta untuk pergi kerja cara yang boleh mengurangkan duit anda banyak dihabiskan kepada minyak. Tetapi ingat jika berkongsi kereta ingatlah jangan asyik berkongsi sahaja tetapi tidak bayar duit minyak.

Jadi jangan jadikan alasan minyak dan barang naik untuk menyalahkan mana-mana pihak. Apa yang penting kita perlu tingkatkan pendapatan dan berusaha lebih keras. Jangan la mimpi harga akan turun kembali kerana tidak ada barang yang turun kembali harga. Malah makin hari makin naik.

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Close
E-mail It