Cara Mudah Mendaftar Google Adsense
Pada hari khamis lepas aku pergi ke bank mengambil wang adsense yang diberikan oleh pakcik Google. Memang setiap kali jika mengambil duit adsense pasti akan ada pertanyaan duit ini daripada siapa dan bagaimana boleh dapat.
Aku cuma jawab itu adalah duit iklan. Sebenarnya aku malas hendak bercerita panjang lebar tetapi kerana mereka ingin sangat tahu, jadi terpaksa cerita dengan lebih lanjut.
Ada di antara mereka yang pernah memohon akaun adsense tetapi tidak diluluskan oleh pakcik Google. Sebenarnya, Bagi mendapatkan akaun adsense adalah mudah jika anda mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Google.
Ini cara mudah untuk anda mendapatkan akaun adsense. Dijamin lulus. Jika tidak wang anda dikembalikan :).
1. Buat satu email menggunakan gmail.com
2. Daftar satu akaun di blogger.com menggunakan email gmail tersebut. Kemudian bina satu blog menggunakan blogger.com. Pastikan blog anda menggunakan Bahasa Inggeris. Buat beberapa post di blog tersebut.
3. Kemudian daftarkan blog anda di www.google.com/adsense untuk mendapatkan akaun Google adsense. Jangan terburu-buru sangat hendak mendapatkan akaun google adsense. Biarkan blog anda aktif dalam seminggu dan barulah mendaftarkannya.
Selamat mencuba. ![]()



No comments yet.