Selamat Hari Raya

Lama rasa tidak membuat entri ke blog ini. Apa khabar semua? Cukup ke puasa bulan ni? Mood untuk membuat entri terbaru sebenarbya dirosakan oleh talian internet yang sangat-sangat lembab. Sehingga aku ingin download atau upload pun susah.
Menulis perlu ada mood. Betul tak? Sebab mood itu yang membuatkan idea bercambah-cambah dalam kepala. Kepada ibu bapa tanamkan mood membaca kepada anak-anak anda kerana ia akan membantu anak anda di dalam peperiksaan.
Tahun ini aku menjadi pengawas Peperiksaan UPSR. Soalan peperiksaan adalah mudah berbanding tahun-tahun sebelum. Peperiksaan UPSR kali ini merupakan edisi pertama bagi murid-murid yang mempelajari Matematik dan Sains di dalam bahasa Inggeris. Bagaimana pun soalan Matematik dan Sains disediakan secara dwi bahasa iaitu mempunyai soalan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Murid bebas membuat pemilihan untuk menjawab dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Murid sebenarnya menjadi keliru kerana terdapat soalan dwi bahasa terutama bagi subjek Sains. Ini adalah kerana selama enam tahun mereka mempelajari Sains di dalam bahasa Inggeris. Dan apabila berada didalam bilik peperiksaan lihat kertas soalan terdapat soalan bahasa Melayu. Murid ini akan membaca soalan di dalamn kedua-dua bahasa dan akan mencetuskan kekeliruan. Tetapi bagi murid yang telah dinasihatkan oleh guru mereka supaya hanya membaca dan menajawab soalan di dalam bahasa Ienggeris murid tersebut tidak akan keliru dan akan mendapat kelebihan. Jika sebaliknya ia akan menjadi satu perangkap. Jadi hasrat kementerian menolong murid dengan mebuat soalan dwi bahasa adalah memerangkap murid.
Cerita minyak pula. Naik mendadak turun macam siput. Harga barang pula tidak akan turun malah mungkin akan lebih naik. Mesti ramai yang merasa bahang kenaikan barang dalam membuat persedian untuk menyambut raya. Lagi-lagilah jika keluarga besar. Peninglah memikirkan mencari sumber kewangan untuk menampung semua. Mujurlah kerajaan memberi bonus, kuranglah sikit pening. :). Tetapi apa pun berbelanja la dengan berjimat cermat. Realitinya inflasi naik oleh itu walau berjimat cermat ia mungkin akan mustahil kerana wang anda akan sentiasa tidak cukup. Betul tak?Hendak lihat pergerakan harga minyak anda boleh lihat di web ini www.kitco.com. Cari ‘Crude Oil‘ ada harga di situ.
Minggu depan kita raya, ramai akan pulang ke kampung. Pandulah dengan cermat supaya anda selamat sampai ke destinasi ditujui. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Orang KK?
Sama lah kita. Selamat berkenalan.
Kusyi Hirdan
http://www.jendelaku.com