Membuat Duit Di Internet Bukan Mudah!
Selamat Hari Raya Korban kepada semua umat Islam dan kepada jemaah haji selamat mengerjakan haji serta pulang kembali ke tanah air.
Tertarik dengan penulisan Si Mael berkaitan blog. Blog yang didefinisikan, diwar-warkan oleh semua orang bahawa anda akan menjana pendapatan atau pendek kata boleh buat duit dengan senang dan menjadikan anda kaya raya dengan sekelip mata. Betulkan begitu?
Semua ini adalah tipu semata-mata, Aku bermaksud bukan anda tidak boleh menjana pendapatan yang banyak dengan blog, tetapi apa yang hendak dinyatakan ialah untuk menjana pendapatan dengan mudah dengan hanya membina blog dan menanti keajaiban yang anda akan jadi kaya serta merta ia hanyalah angan-angan.
Membina blog adalah mudah tetapi untuk menjadikan blog anda sebagai lubuk duit adalah sukar jika anda tidak tahu caranya. Banyak pekara yang anda perlu belajar seperti bagaimana perancangan promosi blog anda, memahami konsep SEO ( search engine optimization), memahami minat pembaca, tajuk atau konsep blog (niche) dan maklumat lanjut yang lain di dalam buku ini. Pekara paling penting jika anda benar-benar ingin berjaya menjana pendapatan daripada blog, anda tidak boleh berputusa asa dan perlu banyak bersabar serta mempelajari sesuatu yang baru tanpa jemu.
Jika anda ingin membina blog aku galakan anda tidak mengeluarkan satu sen pun wang anda untuk membina blog terlebih dahulu. Gunalah perkhidmatan yang percuma seperti blogger.com, wordpress.com dan blogmas.com . Belajar dahulu selok-belok bagaimana bermain dengan blog anda dan jika anda rasa blog anda betul-betul berjaya serta boleh menghasilkan pendapatan barulah anda mengeluarkan duit anda untuk membeli domain dan hosting.
Pasti ada yang bertanya-tanya adakah aku ini menjana banyak pendapatan daripada blog. Secara jujur dan ikhlas jawapannya ialah tidak. Jangan tidak adalah sedikit daripada adsense, nuffnang dan advertlets boleh la tampung-tampung kos domain serta webhosting. Pendapatan aku banyak diperoleh daripada program affiliate yang aku sertai seperti amazon.com dan amazon.co.uk. Perlukah ditunjukkan bukti? Aku tidak akan tunjukkan bukti kerana aku bukan seperti orang mat saleh yang begitu taksub dengan angka.



a’kum… bagus penulisan kau. aku sokong apa yang kau tulis. hehe..
W’salam terima kasih hazrin.