Tah tak tahu!
Rasa telah terlalu lama aku tidak menulis di ruang blog ini. Dan ini menyebabkan aku langsung tidak tahu hendak membebel mengenai apa. Tulah sebab tajuk jadi tah tak tahu!
Walaupun telah lama tidak di update pengunjung masih ada yang singgah hasil daripada carian melalui enjin pencari seperti Google. Keyword cikgu suraya masih mendapat hits tertinggi dan ia menyumbang kepada pelawat-pelawat yang tersesat. Jadi jika lihat di web stat kurang-kurang ada juga pelawat.
Sudah lama tidak menulis bukannya hendak melarikan diri cuma ada masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Sibuk memang salah satu faktornya dan masalah talian streamyx paling merunsingkan.
Aku juga sekarang telah berpindah rumah setelah berkahwin (tul ke dah kahwin aku nih). Dulu duduk rumah keluarga dan masa menaip ini masih di rumah keluarga. Isteri sambung belajar jadi hujung minggu baru dapat jumpa. Di rumah baru telah didaftarkan talian telefon dan streamyx. Hari isnin lepas daftar sampai hari ini masih tidak pasang. Apa punya TM lembab!



Huhuhu.. Dah agak dah.. Mesti ada rahsia disebalik blog bersawang ni..
Selamat pengantin baru Rizal (Dah nak dekat 2 bln barunya).. Semoga kekal ke anak cucu..
Terima kasih.. Memang dah banyak sawang blog ni.. haha KO bila fai?
Selamat pengantin baru semoga kekal ke anak cucu. Sama warna tema aku dulu pun purple gak
Yeke? :).. InsyaALLAH.. terima kasih.