Selamat Tahun Baru dan Snippet 2010

1. Mengejar apa azam yang tidak tercapai pada 2009.
2. Hendak jadi bapa tahun ini. InsyaALLAH
3. Membuka sebuah siber cafe. Sekarang tengah cari jalan bagaimana untuk mendapatkan lesen gaming.
4. Kurangkan hutang yang ada.
5. Tumpu pada projek pembekalan pasir, Tahun ini banyak projek pasir. Jutawan tahun ini. InsyaAllah..
6. Menyiapkan satu ebook yang pada mulanya ingin dijual tetapi tetapi aku berubah fikiran untuk memberikannya secara percuma.
7. Memahirkan diri dengan ilmu-ilmu charting, seperti candlestick, Elliot Wave, Pivot dan lain-lain untuk aktifkan diri kembali dalam forex.
8. Menulis dengan lebih kerap di blog peribadi aku ini. Harap tahun ini banyak idea untuk menulis.
9. Mendapatkan tanah untuk dijadikan ladang kelapada sawit. Aku ingin pajak sahaja tanah tersebut lingkungan 25 hingga 30 tahun. Banyak tanah yang bertuan terbiar sahaja tidak diusahakan jadi aku cuba ambil peluang ini, cuma masalahnya tuan tanah lebih suka tanah terbiar hutan daripada diusahakan.
10. Berdoa agar semua yang dihajati dan diusahakan berjaya. Semoga Tuhan sentiasa letakkan diri ini di landasan yang betul untuk mencapai cita-cita. InsyaAllah..
Selamat Tahun Baru kepada anda semua!


No comments yet.