Jadilah pembeli online yang bijak

duit

Kini di internet terdapat banyak barang dan produk digital yang dipasarkan. Boleh dikatakan ini adalah satu perkembangan yang sangat baik kepada industri pemasaran internet. Dengan adanya kemudahan internet sesiapa sahaja boleh menjual produk mereka tanpa halangan dan ini menyebabkan ramai yang tertipu dengan produk yang dibeli.

Anda sebagai pembeli sepatutnya mengambil sikap berhati-hati dan menyelidik ketulenan produk supaya tidak tertipu. Penipu-penipu mengaut keuntungan yang banyak dengan hanya menjanjikan sesuatu di dalam web jualan mereka walhal itu adalah palsu semata-mata.

Aku sebenarnya kecewa kepada Laman web berita harian. Jika anda lihat terdapat banyak iklan-iklan yang menjual sesuatu yang tidak terbukti kebenarannya. Istilah di internet kepada Si Mangkuk penipu ini adalah “Scam”. Pihak penyelengara iklan di berita harian sepatutnya memastikan apa yang di iklankan adalah sesuatu yang benar. Jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Cara yang paling mudah untuk elakkan diri anda tertipu ialah mencari maklumat bagi produk itu sendiri. Sumber maklumat di internet terlalu luas dan tanpa sempadan jadi gunakan sebaik-baiknya.
Enjin carian Google, Yahoo, Bing dan lain-lain boleh anda gunakan untuk mencari maklumat. Bagi aku Google adalah enjin carian yang terbaik oleh itu, gunalah google. Caranya sangat mudah anda Cuma perlu masukan “keyword” atau perkataan yang berkaitan dengan produk atau domain website itu sendiri.

Jadilah pembeli yang bijak supaya anda tidak tertipu lakukan kaji selidik dulu terhadap produk yang hendak dibeli supaya anda tidak tertipu.

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.