Cuti Rehat Hari Ini

Seorang guru hanya mempunyai tujuh hari cuti rehat. Cuti ini adalah untuk hal-hal kecemasan atau digunakan untuk merehatkan diri daripada tekanan kerja. Orang kata tugas guru apa la sangat ” pergi kerja cakap-cakap saja cukup bulan ambil gaji”. Tetapi pada hakikatnya banyak kerja yang bukan fokus kepada pengajaran perlu diselesaikan. Ia adalah kerja-kerja pengkeranian, rasa diri macam kerja kerani pula kerana bermacam-macam jenis file dan laporan yang perlu disediakan.

Hari ini aku cuti rehat, cuti yang tidak dirancang. Boleh di katakan ia adalah cuti kecemasan. Isteri pening dan muntah-muntah pula. Berita gembira buat aku. :) berita ini dah dua minggu lepas aku tahu dan telah pergi ke klinik. Pagi ini pula pening dan muntah-muntahnya teruk sikit. Doktor kata ini semua alahan biasa terhadap wanita mengandung selepas tiga bulan semua akan ok.

Satu pekara yang dihajati tahun 2010 nampaknya telah tercapai, Alahamdulilah.

RSS feed | Trackback URI

4 Comments »

Comment by mohd naim
2010-01-21 09:08:26

buat laporan kerja kerani ?

habis apa tugas pegawai ? jurutera ? doktor? bukan kerja diaorang analisa dan buat laporan ke?

(Comments wont nest below this level)
Comment by sharizal
2010-01-21 09:57:22

Core business ialah mengajar. Dan itulah tugas kami. tetapi sekarang kerja-kerja sampingan kami terlalu banyak. Anda guru ke? Kadang-kadang dah macam tukang kebun pun ada mana taknya gelek buat line padang dok tengah2 panas. Tapi tak kisah sangat pun.

Comment by yab
2010-02-24 13:11:29

btl…saya sokong 200%…saya baharu je 2 tahun jadi guru…memang tugas guru nie macam2….lebih2 lagi guru sek rendah…lebih banyak buat kerja sampingan…bagaimana guru nak memberi tumpuan 100% pada P&P…guru terpaksa utamakan kerja sampingan dari mengajar….saya pernah berbual dengan guru lama…yang dah ada pengalaman hampir 20 tahun..dia pun cakap tugas guru zaman dulu dgn sekarang memang jauh berbeza…kalau zaman dulu, guru hanya beri tumpuan untuk mengajar sahaja…bukan macam sekarang ni..tapi zaman dah berubah…mengikut arus permodenan dan kemajuan…tapi beri tekanan…

Comment by sharizal
2010-02-24 14:41:58

Seorang guru sahaja tahu jawapannya. :)

 
 
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.