Elaun Cola ditarik balik! Benarkah?

Semalam semasa pergi taklimat EMIS dengar desas-desus mengatakan bahawa elaun cola akan ditarik balik oleh kerajaan. Elaun Cola adalah elaun yang diterima oleh kakitangan kerajaan sahaja. Elaun ini di kelaskan kepada dua kategori iaitu luar bandar dan bandar. Luar bandar menerima elaun sebanyak RM200 manakala bandar RM300
Pekara ini sebenarnya sejak daripada tahun lepas lagi telah diperkatakan tetapi tiada bukti yang sah menyatakan elaun ini akan ditarik. Jika benar ia ditarik balik, berat beban yang akan dipikul oleh oleh kakitangan kerajaan seperti aku.
Jika suami isteri yang berkerja kerajaan berkerja di bandar, sebanyak RM600 akan hilang duit perbelanjaan isi rumah mereka. JIka yang berkerja di luar bandar sebanyak RM400 akan hilang. Ia adalah jumlah yang besar. Ini menyumbang kegusaran kami sebagai kakitangan kerajaan.
Langkah yang kurang bijak dilakukan oleh kerajaan jika sekiranya elaun ini ditarik balik. Mana tidaknya ia akan menyumpang kemarahan kakitangan kerajaan kepada kerajaan. Jadi pada pendapat aku sendiri kerajaan tidak akan menarik balik elaun ini tetapi kemungkinan ia akan dikurangkan sedikit. Walaupun sedikit tetapi tetap juga sakit. huhu..
Sebenarnya pada tahun ini, banyak bantuan dihentikan dan dikurangkan oleh kerajaan untuk sektor pendidikan. Antaranya :
a. Bantuan kewangan KWAMP mungkin akan dihentikan.
b. Bantuan Skim Baucer Tuisyen telah dihentikan
c. Rancangan makanan tambahan RMT bilangan hari dikurangkan
d. Elektrik sekolah perlu membayar sendiri.
nanti ada lagi aku update senarai…
Kenapa tahun ini jadi lebih teruk? Sepatutnya ia lebih baik.



No comments yet.