PC dengan Window 7

window 7

Akibat melakukan kerja dalam keadaan mengantuk aku hapuskan file nltdr dalam program windows XP komputer aku ini. Semua berlaku semasa menggunakan FTP untuk upload file ke hosting. Aku sendiri tidak perasan yang file tersebut sangat penting, sehinggalah sebelah pagi PC tidak berfungsi. Pelabagai teknik dah aku buat masuk safe mode pun tidak boleh.

Aku mencari CD Black XP untuk repair program windows XP, CD pula tidak jumpa. jadi jalan terakhir ialah format PC dengan Window 7 64bit. Tetapi sebelum format aku mengingatkan file penting yang akan musnah. Ada beberapa file penting yang musnah tetapi aku malas nak selamatkannya.

Sungguh mudah untuk install Window 7 ke dalam PC, anda perlu masukkan CD dan klik sahaja mengikut arahan. Tetapi linux telah lama rasanya mesra pengguna dan sangat mudah untuk install.

Window 7 pada pandangan aku sangat best. Load pun laju, tidak tahulah mungkin sebab aku guna 64bit yang 32bit aku tidak cuba lagi. Jadi bertukarlah kepada Window 7.

RSS feed | Trackback URI

2 Comments »

Comment by the6
2010-03-28 06:51:24

salam..ad lor care nk dapatkan kembali file ntldr..

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by sharizal
2010-03-28 07:39:51

Tak jumpa pun caranya tu yang format lain. Malas nak buka hardisk. Sebab nak masuk safe mode tak boleh.

(Comments wont nest below this level)
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.