Cara Format Pendrive kepada NTFS File System

Pendrive biasanya kita format gunakan FAT systems. Tetapi jika sekiranya anda hendak memasukkan OS windows, contohnya anda ingin memasukkan fail-fail windows 7 ke dalam pendrive yang bertujuan untuk format PC anda dengan cara menggunakan pendrive bukannya CD yang mengandungi Windows installer.

Jika pendrive anda dalam format FAT jangan mimpi anda dapat paste fail-fail tersebut. Oleh itu, anda perlu menukar pendrive anda kepada NTFS dengan cara :

1. Masukkan pendrive anda dan klik kanan pada  “My Computer” pilih “Properties”

2. Klik “Device Manager” Cara yang sama seperti anda ingin melihat drivers di dalam PC anda.

3. Klik pada bahagian “Disk Drives” anda akan dapat lihat pendrive anda. Klik kanan pada pendrive dan pilih “Properties”

4. Kemudian klik pada “Polices” dan pilih “Optimize for performance” dan klik “OK”. Anda sekarang telah boleh format pendrive kepada NFTS.

5. Pergi “My Computer” dan Klik kanan pilih Format untuk format pendrive anda kepada NFTS.

Selamat mencuba..

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.