Cuaca panas. Terlalu panas

April 12th, 2010

Biasanya cuaca pada bulan April tidak terlalu panas, tetapi tahun ini terlalu panas aku rasakan. Ini mungkin disebabkan hutan di sini dah semakin berkurangan kerana ditebang.

Hutan yang tertera hutan simpan tetapi habis juga ditebang. Aku masih ingat papan tanda hutan simpan tersebut kerana dahulu hutan adalah tempat aku menolong ayah pergi membelah kayu teras untuk dijadikan tiang pagar.

Teringat lagi bunyi ngauman harimau semasa berada dalam hutan. Bunyinya jauh tetapi masih boleh dirasakan gerunnya. Patutla orang tua-tua memberitahu kera boleh jatuh ke tanah jika harimau mengaum kepadanya.

Oh rindunya zaman dulu.. huhu

Oh Bola Sepak

April 6th, 2010

football positions

Setelah penat murid-murid berlatih, esok penentunya. Perlawanan bola sepak bawah 12 tahun. Di harap pasukan yang aku latih jangan jadi belasahan sudah. Haha

Bakat murid-murid tahun ini tidak begitu baik. Ikutkan hati memang tidak mahu hantar. Tetapi sekolah tetap mahu menyertainya. Lagi pun sekurang-kurangnya ada perdedahan kepada murid-murid dan sijil penyertaan mereka boleh digunakan terutama untuk murid tahun 6.

Doakan pasukan aku menang! :)

Update
Pasukan aku kalah. Tetapi bukan kena belasah. Ada dua perlawanan, yang pertama 1-2 dan kedua 0-1.

Cara Download Youtube dengan mudah

March 28th, 2010

Youtube adalah satu website yang menyediakan perkhidmatan video secara percuma. Kita boleh mencari dan menonton pelbagai jenis video. Malah kita sendiri juga boleh upload video kita sendiri.

Selain kita menonton dan upload video, kita juga boleh download youtube video yang kita suka dengan bantuan software yang ada. Cara download youtube dengan mudah adalah dengan menggunakan software Youtube Downloader.

Setelah habis download anda perlu install software dengan cara klik pada software tersebut dan ikuti arahan yang diberikan.

Setelah selesai install, anda klik pada program youtubedownloader tersebut. Anda cuma perlu mengisi url video yang anda ingin download dan klik tab “Ok. Selamat mencuba!

Membuang Windows 7 Genuine Advantage Notification.

March 22nd, 2010

Buka sahaja PC keluar amaran menyatakan Windows 7 yang aku install tidak genuine, senang cakap windows 7 ini adalah cetak rompak. Aku telah menyangka pekara ini akan berlaku selepas windows 7 update.

Sebenarnya pekara ini anda boleh elakkan jika anda matikan auto update windows anda. Jika auto update dimatikan Microsoft tidak akan mengesan windows anda original atau tidak.

Aku telah dapat cara untuk menyelesai masalah Genuine Advantage Notification di Windows 7 ini. Caranya amat mudah dan anda tidak memerlukan banyak langkah. Cuma perlukan sekali klik dengan bantuan satu software.

Jika anda mahu mengetahui bagaimana caranya, anda perlu melengkapkan nama dan email anda di bawah. Kemudian Klik Daftar. Panduan tersebut saya ada upload di dalam laman download.

Nama Anda:
Email Anda:

Ebook, Software dan Website Percuma

March 14th, 2010

Berita baik kepada pelawat blog ini, aku ingin memberikan ebook, software dan website percuma kepada anda untuk di muat turun.

Semasa mencari sesuatu yang aku telah lupa di bahagian mana aku letak di dalam hard disk yang bersaiz 2 terabytes terjumpa banyak ebook-ebook, software dan website yang di labelkan sebagai ‘resell right’. Barang-barang ini anda boleh gunakan untuk dijualkan kembali atau di gunakan sendiri. Ia juga boleh diberikan percuma kepada orang lain. Anda boleh baca sendiri TOS yang ditetapkan.

Terpulang pada anda untuk menggunakan produk-produk tersebut untuk tujuan apa. Tetapi pada pendapat saya jika anda rajin anda boleh menjualnya kembali. Melalui ebook tersebut terdapat banyak pengetahuan yang anda boleh pelajari.

Jika anda ingin mendapatkan produk-produk tersebut anda perlu melengkapkan nama dan email anda. Kemudian Klik Daftar. Link untuk download produk-produk tersebut akan saya hantar melalui email kepada anda. Produk akan ditambah dari semasa ke semasa.


Nama Anda:
Email Anda:

PC dengan Window 7

March 1st, 2010

window 7

Akibat melakukan kerja dalam keadaan mengantuk aku hapuskan file nltdr dalam program windows XP komputer aku ini. Semua berlaku semasa menggunakan FTP untuk upload file ke hosting. Aku sendiri tidak perasan yang file tersebut sangat penting, sehinggalah sebelah pagi PC tidak berfungsi. Pelabagai teknik dah aku buat masuk safe mode pun tidak boleh.

Aku mencari CD Black XP untuk repair program windows XP, CD pula tidak jumpa. jadi jalan terakhir ialah format PC dengan Window 7 64bit. Tetapi sebelum format aku mengingatkan file penting yang akan musnah. Ada beberapa file penting yang musnah tetapi aku malas nak selamatkannya.

Sungguh mudah untuk install Window 7 ke dalam PC, anda perlu masukkan CD dan klik sahaja mengikut arahan. Tetapi linux telah lama rasanya mesra pengguna dan sangat mudah untuk install.

Window 7 pada pandangan aku sangat best. Load pun laju, tidak tahulah mungkin sebab aku guna 64bit yang 32bit aku tidak cuba lagi. Jadi bertukarlah kepada Window 7.