Torrent Search Engine

December 16th, 2009

Alhamdulilah… Bank Islam call semalam beritahu cek dah jelas. Mungkin mereka baca blog ini kot. :)

Semalam aku sempat siapkan torrent search engine website. Script ini aku beli daripada x10media. Aku memang suka download macam-macam di torrent jadi ini menarik minat aku untuk wujudkan site torrent search engine sendiri.

Site ini tidak salah dari segi copyright kerana kita tidak host apa jua file di website, yang wujud hanyalah link file-file torrent daripada website lain.

Bank Islam Cawangan Ipoh.

December 12th, 2009

Kisah semua bermula daripada cek yang aku masukan ke dalam akaun bank islam. Cek yang diterima daripada amazon.com. Sebenarnya aku memang pelangan tetap Maybank kerana mereka menawarkan perkhidmatan yang bagus walaupun selalu mencekik dulit pelangan.

Pada kebiasaannya cek luar negara aku akan cashkan menggunakan Maybank, tetapi casnya sangat tinggi terasa hilangnya duit kita. Jadi aku mencari alternatif lain dengan membuka akaun bank islam yang mengenakan cas yang murah kepada cek luar negara untuk dijelaskan.

Pada 12/10/2009 cek aku masukan ke Bank Islam Cawangan Ipoh, 16/11/09 aku semak akaun cek masih belum dijelaskan. 12/10/2009-16/11/09 bermakna dah sebulan lebih, aku pun email Bank islam bertanyakan cek luar negara berapa lama tempoh untuk jelas. Terkejut aku dengan jawapan yang di balas. Lihat email di bawah :-

Terkejut aku dengan jawapan yang diberikan. Jawapan ini adalah daripada Head Office Bank Islam dari Kuala Lumpur. Aku pun memberilan maklumat yang diperlukan. Tidak lama kemudian mereka menelefon mengatakan tiada maklumat aku memasukan cek dan diminta menelefon bank cawangan cek dimaksukan.

Aku pun menelefon Bank Islam Cawangan Ipoh, pegawai bank islam cawangan bank Ipoh ini bertanya segala maklumat dan memberitahu akan hubungi aku kembali. Tetapi hampeh! tiada apa panggilan pun. Hari selasa aku pula menelefon, dah la payah hendak telefon tanya berapa lama cek luar negara baru boleh jelas jawapan yang diterima lagi terkejut, 3 bulan encik. Aku pun tidak banyak soal, ok je la jawapan aku.

Semalam aku semak lagi akuan tiada lagi duit masuk. Jadi menelefon lagi sekali bank islam dan memberikan segala butir mereka perlulkan. Pegawai tersebut beritahu 3 bulan baru jelas, aku memberitahu hampir hendak tiga bulan dah saya masukan cek ini. Dia berjanji akan menelefon. Seperti dijanjikan, pada petang semalam bank islam call mengatakan cek masih belum jelas. Malas aku hendak menjawab. Aku cakap ok je kerana aku rasa cek aku ini mereka tidak dihantar pun ke bank cek tersebut dikeluarkan. Aku berpandangan begini berhubung email aku yang dibalas oleh amazon.com

Since this check was sent to you more than 90 days ago, it’s now expired, and we’ll be happy to send you a new one. Please mail your check, along with a request to have it reprinted, to our Accounts Payable department. Once they get the expired check back, they’ll mail you a new one. Here’s the address:”

Amazon.com
Attn: Accounts Payable - Associates
P.O. Box 80387
Seattle, WA 98108-0387
USA

As always, please feel free to contact us should you have future questions or comments. If you need to contact us back, you can do so by using the secure form at the following specialized link to ensure we receive your next message:

http://affiliate-program.amazon.com/gp/associates/contact/

Thank you for your continued interest in the Associates Program.

Did we answer your question?

If yes, please click here:
http://www.amazon.com/rsvp-y?c=chefgvth3285787738

If not, please click here:
http://www.amazon.com/rsvp-n?c=chefgvth3285787738&q=mtrk&nc2c=1

Please note: this e-mail was sent from an address that cannot accept incoming e-mail.

Best regards,

Dustin M.
Amazon.com Associates Program

Tindakan aku sekarang bersabar dulu, biar ia berada di tangan bank islam sehingga 3 bulan. Jika masih tidak dijelaskan aku akan pergi tuntut dan ini masanya aku sangat-sangat marah.

Projek Pasir Lombong Kotor

November 14th, 2009

Sangat sibuk sekarang sehingga blog pun dah lama tidak dijenguk apa lagi pula menulis. Kesibukan pertama kerana tugas-tugas di sebagai guru dan yang kedua sedang menguruskan projek pembekalan pasir lombong kotor.

Saya ingin membuka peluang kepada pelawat blog saya ini sekiranya anda mempunyai pembekal atau kenalan yang boleh menjadi pembekal pasir lombong kotor. Saya ingatkan di sini ia hanya untuk sesiapa yang betul-betul serius dan benar-benar boleh menjadi pembekal.

Harga yang dibuka adalah tetap dan tidak boleh ditukar. Di bawah adalah kenyataan projek.

Pekara yang perlu ada untuk mendapatkan kontrak ialah :

1. Permit

2. Plan kuari/lombong

3. sampel pasir

Projek yang ada di dalam tangan saya

Pembekalan pasir lombong kotor ke LCCT

a. Memerlukan minimun 5000-30000 tan metric

b. Kontrak selama 3 tahun

b. Cara bayaran harian (atau ikut pilihan anda)

c. Harga? Sila hubungi saya. email saya sharizal.shafei[@]gmail.com

Pembekalan pasir lombong kotor ke Jeti Kuala Linggi Melaka

a. Memerlukan minimun 5000-30000 tan metric

b. Kontrak selama 6 bulan

b. Cara bayaran harian (atau ikut pilihan anda)

c. Harga? Sila hubungi saya. email saya sharizal.shafei[@]gmail.com

Jika ada yang berminat dan boleh menjadi pembekal anda diperlukan membuat surat undertaking untuk lock komisen. Dan kemudian anda boleh hantar surat tunjuk minat atau quotation.

Selamat Berpuasa

August 21st, 2009

anak bulan

Selamat berpuasa kepada semua umat islam. Semoga ibadah puasa dan amalan kita dapat disempurnakan dengan baik. InsyaALLAH..

Tah tak tahu!

August 6th, 2009

Rasa telah terlalu lama aku tidak menulis di ruang blog ini. Dan ini menyebabkan aku langsung tidak tahu hendak membebel mengenai apa. Tulah sebab tajuk jadi tah tak tahu!

Walaupun telah lama tidak di update pengunjung masih ada yang singgah hasil daripada carian melalui enjin pencari seperti Google. Keyword cikgu suraya masih mendapat hits tertinggi dan ia menyumbang kepada pelawat-pelawat yang tersesat. Jadi jika lihat di web stat kurang-kurang ada juga pelawat. :)

Sudah lama tidak menulis bukannya hendak melarikan diri cuma ada masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Sibuk memang salah satu faktornya dan masalah talian streamyx paling merunsingkan.

Aku juga sekarang telah berpindah rumah setelah berkahwin (tul ke dah kahwin aku nih). Dulu duduk rumah keluarga dan masa menaip ini masih di rumah keluarga. Isteri sambung belajar jadi hujung minggu baru dapat jumpa. Di rumah baru telah didaftarkan talian telefon dan streamyx. Hari isnin lepas daftar sampai hari ini masih tidak pasang. Apa punya TM lembab!

Semasa

February 28th, 2009

Lama sungguh aku tidak menulis.. Dah naik berhabuk blog ni.. Fuhh.. Fuhh..

1. Streamyx sungguh teruk di kawasan aku. Inilah punca kerja-kerja online aku terbantut. Putus asa aku dibuatnya.

2. Bosan dengan suasana politik sekarang.. Sentiasa sahaja ada perbalahan. Siapa yang untung situasi ini? Dan siapa pula yang rugi agaknya?

3. Berita di TV pun dah tidak seronok untuk didengar ditonton. Kenapa? Anda pasti tahu.

4. Ekonomi sekarang pula mengalami krisis lebih teruk. Ultra men (Jepun) pun mengaku kalah juga sekarang.

5. Di Malaysia orang keparat-keparat tidak perlu risau tentang perniagaan mereka sebab? Kerajaan bantu la, bagi suntikkan sana sini.. Orang kampung yang bergantung pada hasil getah dan kelapa sawit pula dah jenuh mengeluh.

6. Tol naik! Alasan tanggung rugi.. Ye ke rugi? Tetapi kerajaan masih tangguh kenaikan mungkin strategi pancing undi.

7. Kepada sesiapa yang memerlukan wang, bank rakyat telah panjangkan tempoh pinjaman peribadi daripada 10 tahun kini dan boleh 15 tahun. Huh lagi banyak la orang berhutang nampaknya.

8. Pejuang-pejuang bahasa telah menentang PPSMI. Kita tunggu apa keputusan Menteri Pelajaran. Tetapi Tun kita telah merajuk soal ini melalui kisah Orang Hulu.

Sekian.


Close
E-mail It