Tah tak tahu!

August 6th, 2009

Rasa telah terlalu lama aku tidak menulis di ruang blog ini. Dan ini menyebabkan aku langsung tidak tahu hendak membebel mengenai apa. Tulah sebab tajuk jadi tah tak tahu!

Walaupun telah lama tidak di update pengunjung masih ada yang singgah hasil daripada carian melalui enjin pencari seperti Google. Keyword cikgu suraya masih mendapat hits tertinggi dan ia menyumbang kepada pelawat-pelawat yang tersesat. Jadi jika lihat di web stat kurang-kurang ada juga pelawat. :)

Sudah lama tidak menulis bukannya hendak melarikan diri cuma ada masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Sibuk memang salah satu faktornya dan masalah talian streamyx paling merunsingkan.

Aku juga sekarang telah berpindah rumah setelah berkahwin (tul ke dah kahwin aku nih). Dulu duduk rumah keluarga dan masa menaip ini masih di rumah keluarga. Isteri sambung belajar jadi hujung minggu baru dapat jumpa. Di rumah baru telah didaftarkan talian telefon dan streamyx. Hari isnin lepas daftar sampai hari ini masih tidak pasang. Apa punya TM lembab!

Semasa

February 28th, 2009

Lama sungguh aku tidak menulis.. Dah naik berhabuk blog ni.. Fuhh.. Fuhh..

1. Streamyx sungguh teruk di kawasan aku. Inilah punca kerja-kerja online aku terbantut. Putus asa aku dibuatnya.

2. Bosan dengan suasana politik sekarang.. Sentiasa sahaja ada perbalahan. Siapa yang untung situasi ini? Dan siapa pula yang rugi agaknya?

3. Berita di TV pun dah tidak seronok untuk didengar ditonton. Kenapa? Anda pasti tahu.

4. Ekonomi sekarang pula mengalami krisis lebih teruk. Ultra men (Jepun) pun mengaku kalah juga sekarang.

5. Di Malaysia orang keparat-keparat tidak perlu risau tentang perniagaan mereka sebab? Kerajaan bantu la, bagi suntikkan sana sini.. Orang kampung yang bergantung pada hasil getah dan kelapa sawit pula dah jenuh mengeluh.

6. Tol naik! Alasan tanggung rugi.. Ye ke rugi? Tetapi kerajaan masih tangguh kenaikan mungkin strategi pancing undi.

7. Kepada sesiapa yang memerlukan wang, bank rakyat telah panjangkan tempoh pinjaman peribadi daripada 10 tahun kini dan boleh 15 tahun. Huh lagi banyak la orang berhutang nampaknya.

8. Pejuang-pejuang bahasa telah menentang PPSMI. Kita tunggu apa keputusan Menteri Pelajaran. Tetapi Tun kita telah merajuk soal ini melalui kisah Orang Hulu.

Sekian.

Membuat Duit Di Internet Bukan Mudah!

December 7th, 2008

Selamat Hari Raya Korban kepada semua umat Islam dan kepada jemaah haji selamat mengerjakan haji serta pulang kembali ke tanah air.

Tertarik dengan penulisan Si Mael berkaitan blog. Blog yang didefinisikan, diwar-warkan oleh semua orang bahawa anda akan menjana pendapatan atau pendek kata boleh buat duit dengan senang dan menjadikan anda kaya raya dengan sekelip mata. Betulkan begitu?

Semua ini adalah tipu semata-mata, Aku bermaksud bukan anda tidak boleh menjana pendapatan yang banyak dengan blog, tetapi apa yang hendak dinyatakan ialah untuk menjana pendapatan dengan mudah dengan hanya membina blog dan menanti keajaiban yang anda akan jadi kaya serta merta ia hanyalah angan-angan.

Membina blog adalah mudah tetapi untuk menjadikan blog anda sebagai lubuk duit adalah sukar jika anda tidak tahu caranya. Banyak pekara yang anda perlu belajar seperti bagaimana perancangan promosi blog anda, memahami konsep SEO ( search engine optimization), memahami minat pembaca, tajuk atau konsep blog (niche) dan maklumat lanjut yang lain di dalam buku ini. Pekara paling penting jika anda benar-benar ingin berjaya menjana pendapatan daripada blog, anda tidak boleh berputusa asa dan perlu banyak bersabar serta mempelajari sesuatu yang baru tanpa jemu.

Jika anda ingin membina blog aku galakan anda tidak mengeluarkan satu sen pun wang anda untuk membina blog terlebih dahulu. Gunalah perkhidmatan yang percuma seperti blogger.com, wordpress.com dan blogmas.com . Belajar dahulu selok-belok bagaimana bermain dengan blog anda dan jika anda rasa blog anda betul-betul berjaya serta boleh menghasilkan pendapatan barulah anda mengeluarkan duit anda untuk membeli domain dan hosting.

Pasti ada yang bertanya-tanya adakah aku ini menjana banyak pendapatan daripada blog. Secara jujur dan ikhlas jawapannya ialah tidak. Jangan tidak adalah sedikit daripada adsense, nuffnang dan advertlets boleh la tampung-tampung kos domain serta webhosting. Pendapatan aku banyak diperoleh daripada program affiliate yang aku sertai seperti amazon.com dan amazon.co.uk. Perlukah ditunjukkan bukti? Aku tidak akan tunjukkan bukti kerana aku bukan seperti orang mat saleh yang begitu taksub dengan angka.

Batu Gunung Berapi untuk memulihkan kesihatan

November 13th, 2008

Pernah anda dengar mengenai batu gunung berapi yang boleh menjadikan badan kembali segar atau
memulihkan tenaga di dalam badan kita yang hilang? Benda ni tengah top di merata-rata. Aku juga adalah salah seorang pemakai batu ini.

Semuanya bermula daripada seorang kawan, dia memperkenalkan aku kepada batu ini. Aku bukan jenis
seorang yang mudah percaya kepada benda-benda begini. Tetapi kerana melihat kesan yang terbukti
ke atas diri aku dengan hanya memegang batu tersebut, pandangan aku terhadap batu ini berubah.

Kebetulan, sebelum aku memegang batu ini. Badan memang dalam keadaan penat kerana membaiki backhoe. Tahulahkan backhoe semuanya besi jadi memang penat dan melenguhkan kalau membaiki backhoe. Jadi pulang daripada membaiki backhoe, kawan aku ini memang menunggu aku di rumah. Di pendekkan cerita aku pun memegang batu ini.

Sebelum memegang batu tersebut kawan aku telah menyuruh aku melakukan beberapa ujian untuk menguji kekuatan badan seperti berdiri kemudian ditolak, mendepa kedua tangan dengan bediri sebelah kaki dan kemudian tangan ditekan. Memang aku langsung tidak boleh menahan ujian tersebut kerana badan keletihan.

Setelah memegang berapa minit, aku diuji sekali lagi. Terdiam aku dengan hasilnya! Aku tidak jatuh seperti ujian pada mula-mula. Aku dapat menahan semua ujian tersebut. Aku kagum dah terus bertanya harganya.

Aku sekarang bukan hanya sebagai pemakai malah kini menjadi penjual. :) . Anda boleh lihat maklumat berkaitan batu ini di website www.batuajaibpenawarpenyakit.com (website ini bukan kepunyaan aku). . Batu yang ada pada aku berbentuk buah rantai dan batu cincin seperti gambar di bawah.

Jika sesiapa berminat batu untuk dijadikan sebagai buah rantai anda boleh dapatkan dengan harga RM350 sahaja dan percuma kos penghantaran. Ini adalah harga promosi kepada anda. Anda tidak akan dapat harga ini di tempat lain. :) (promosi sementara stock masih ada)

Manakala batu untuk dijadikan cincin adalah berharga RM 250 sahaja. Penghantaran juga adalah percuma.
PERHATIAN: SAYA SEKARANG TIDAK MENJUAL LAGI BATU INI DAN HARGANYA JUGA ADALAH BERBEZA DI PASARAN.
Jika anda berminat sila hubungi saya menggunakan contact form di link ini www.sharizalshafei.com/contact

Selamat Hari Raya

September 25th, 2008

Lama rasa tidak membuat entri ke blog ini. Apa khabar semua? Cukup ke puasa bulan ni? Mood untuk membuat entri terbaru sebenarbya dirosakan oleh talian internet yang sangat-sangat lembab. Sehingga aku ingin download atau upload pun susah.

Menulis perlu ada mood. Betul tak? Sebab mood itu yang membuatkan idea bercambah-cambah dalam kepala. Kepada ibu bapa tanamkan mood membaca kepada anak-anak anda kerana ia akan membantu anak anda di dalam peperiksaan.

Tahun ini aku menjadi pengawas Peperiksaan UPSR. Soalan peperiksaan adalah mudah berbanding tahun-tahun sebelum. Peperiksaan UPSR kali ini merupakan edisi pertama bagi murid-murid yang mempelajari Matematik dan Sains di dalam bahasa Inggeris. Bagaimana pun soalan Matematik dan Sains disediakan secara dwi bahasa iaitu mempunyai soalan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Murid bebas membuat pemilihan untuk menjawab dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Murid sebenarnya menjadi keliru kerana terdapat soalan dwi bahasa terutama bagi subjek Sains. Ini adalah kerana selama enam tahun mereka mempelajari Sains di dalam bahasa Inggeris. Dan apabila berada didalam bilik peperiksaan lihat kertas soalan terdapat soalan bahasa Melayu. Murid ini akan membaca soalan di dalamn kedua-dua bahasa dan akan mencetuskan kekeliruan. Tetapi bagi murid yang telah dinasihatkan oleh guru mereka supaya hanya membaca dan menajawab soalan di dalam bahasa Ienggeris murid tersebut tidak akan keliru dan akan mendapat kelebihan. Jika sebaliknya ia akan menjadi satu perangkap. Jadi hasrat kementerian menolong murid dengan mebuat soalan dwi bahasa adalah memerangkap murid.

Cerita minyak pula. Naik mendadak turun macam siput. Harga barang pula tidak akan turun malah mungkin akan lebih naik. Mesti ramai yang merasa bahang kenaikan barang dalam membuat persedian untuk menyambut raya. Lagi-lagilah jika keluarga besar. Peninglah memikirkan mencari sumber kewangan untuk menampung semua. Mujurlah kerajaan memberi bonus, kuranglah sikit pening. :) . Tetapi apa pun berbelanja la dengan berjimat cermat. Realitinya inflasi naik oleh itu walau berjimat cermat ia mungkin akan mustahil kerana wang anda akan sentiasa tidak cukup. Betul tak?Hendak lihat pergerakan harga minyak anda boleh lihat di web ini www.kitco.com. Cari ‘Crude Oil‘ ada harga di situ.

Minggu depan kita raya, ramai akan pulang ke kampung. Pandulah dengan cermat supaya anda selamat sampai ke destinasi ditujui. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Minyak Turun! Harga Barang Turun?

August 24th, 2008

Kerajaan umumkan minyak turun. Jumlah penurunan adalah sangat kecil jadi janganlah mimpi barang hendak turun.